Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MBSA Nasihat Tangguh Aktiviti Di Kawasan Berisiko Termasuk Di Setia Alam Hiking Trail

Nur Syahirah Zainoor Hisham
Kredit: Twitter

MBSA Nasihat Tangguh Aktiviti Di Kawasan Berisiko Termasuk Di Setia Alam Hiking Trail

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menasihati orang ramai untuk menangguhkan rancangan di kawasan-kawasan berisiko buat masa sekarang.

Menurut akaun rasmi MBSA (@sacitycouncil), kawasan-kawasan berisiko yang dimaksudkan termasuklah aktiviti di kawasan lereng bukit atau cerun dan sebagainya.

Selain itu, MBSA turut menasihati orang awam agar tidak melakukan apa-apa aktiviti berdekatan kawasan berisiko termasuk di Setia Alam Hiking Trail.

Sebelum ini, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming mengeluarkan arahan penutupan tapak perkhemahan selama tujuh hari yang berkuatkuasa di seluruh negara.

Hal ini berikutan tragedi ngeri tanah runtuh di Gohtong Jaya, Batang Kali yang berlaku awal pagi semalam. Tragedi berkenaan telah meragut 21 nyawa dan 12 orang masih dilaporkan hilang setakat ini.

Tapak perkhemahan itu dilapor terletak berdekatan dengan Father’s Organic Farm di Genting Higland. Menurut kenyataan Menteri, syarikat yang mengendalikan tapak perkhemahan tersebut tidak mempunyai lesen untuk menjalankan aktiviti rekreasi.

Terdahulu, Pakar Geologi Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo berkata, tanih yang tertepu dengan kelembapan akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lepas dipercayai antara punca utama berlakunya insiden tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan struktur tanih iaitu lapisan tanah yang subur di bawah lapisan tanah yang di atas sekali menjadi lemah sekali gus menyebabkan cerun di kawasan berkenaan tidak stabil.

BACA: Tanah Runtuh: Syarikat Kendali Tapak Perkhemahan Tidak Memiliki Lesen Aktiviti Rekreasi – Menteri

Kredit: Majlis Bandaraya Shah Alam via Twitter