Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Facebook rasmi mengumumkan bahawa restoran tersebut akan menutup tempat makan susulan Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) bermula esok sehingga 31 Mac 2020.
Walau bagaimanapun, ‘Drive-Thru’ dan kaunter ‘Takeaway’ akan beroperasi kepada pelanggan seperti biasa.
McDonald’s Malaysia juga menyarankan kepada pelanggan yang ingin membuat pesanan supaya tidak menggunakan wang tunai bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang ramai berikutan penyebaran wabak Covid-19.

Sumber: McDonald’s Malaysia