Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
mcmc siasat premis 3r
Gambar: Bernama

MCMC Periksa Premis, Sita Telefon Bimbit Dan Kad Sim, Siasat Kandungan Facebook Berunsur 3R 

Iqbal Yasir

MCMC Periksa Premis, Sita Telefon Bimbit Dan Kad Sim, Siasat Kandungan Facebook Berunsur 3R

PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memeriksa premis milik seorang individu bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya dan menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sitaan itu bertujuan melengkapkan siasatan melibatkan kandungan yang dimuat naik melalui akaun Facebook individu berkenaan, yang dipercayai mengandungi elemen jelik melampau berunsur 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja).

MCMC berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang memperuntukkan kesalahan berkaitan penyebaran kandungan lucah, sumbang, palsu, jelik melampau atau mengancam, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Pemeriksaan dilaksanakan selepas MCMC memperoleh waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut peruntukan Seksyen 247 AKM 1998.

“Selain itu, sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan telah diadakan di Balai Polis Pudu pada 9 Mei lepas. Terdahulu, individu terbabit turut hadir ke Ibu Pejabat MCMC bagi memberikan keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah AKM 1998, dan orang ramai dinasihatkan untuk memberikan ruang agar siasatan dapat dilengkapkan dengan telus dan menyeluruh.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lelaki Sunting Gambar Bersama Atlit Gymnastik Negara, Hasilnya Buat Ramai Terhibur

BACA: PM Pakistan Adakan Mesyuarat NCA Berikutan Ketegangan Dengan India