Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Sifar Miskin Tegar Setakat 30 Nov
Kredit: Bernama

Melaka, Negeri Sembilan, Perlis Dan Putrajaya Sifar Miskin Tegar Setakat 30 Nov

Athirah

Melaka, Negeri Sembilan, Perlis Dan Putrajaya Sifar Miskin Tegar Setakat 30 Nov

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) — Kementerian Ekonomi memaklumkan empat negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah merekodkan sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih setakat 30 Nov 2024.

Menerusi jawapan bertulis di Dewan Negara, kementerian itu memaklumkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar telah menunjukkan kemajuan yang sangat memberangsangkan.

“Negeri-Negeri lain merekodkan penurunan insiden miskin tegar secara signifikan,” menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berhubung usaha Kerajaan MADANI menoktahkan kemiskinan tegar.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa jumlah keseluruhan miskin tegar dalam negara berkurangan kepada 2,191 ketua isi rumah setakat 30 Nov berbanding 91,789 yang dicatatkan pada 31 Dis 2023.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di tangga teratas (474) diikuti Kedah (341), Sabah (289), Johor (275), Pahang (174), Pulau Pinang (122), Selangor (112), Terengganu (103), Kelantan (99), Sarawak (91), Perak (62) dan Wilayah Persekutuan Labuan (49).

Menurut kementerian itu, usaha menoktahkan kemiskinan berdepan cabaran tersendiri yang menjadikan ia sedikit sukar antaranya insiden kemiskinan bersifat dinamik kerana isi rumah miskin bertukar ganti sepanjang masa.

“Dalam mempergiat usaha untuk membasmi kemiskinan, kerajaan telah dan sedang melaksanakan beberapa inisiatif jangka sederhana dan panjang selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat,” katanya.

BACA: Kawan Memancing Bertukar Jadi Bapa Mertua

BACA: Mat Saleh Teruja, Tengah Layan Hiking Tiba-tiba Keluarga Malaysia Ajak Berkelah Pisang Rebus

Sumber: Bernama