Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Melawati Mall kembali meriahkan musim hujung tahun dengan kempen “Chromatic Christmas”, menampilkan gabungan cahaya prismatik, dekorasi berwarna-warni, aktiviti interaktif dan ganjaran eksklusif untuk pengunjung.
Antara tarikan utama ialah Chromatic Christmas Tunnel, terowong beriluminasi yang sarat dengan cahaya pelbagai warna serta zon bergambar yang pasti jadi port Instagram keluarga dan rakan-rakan.
Setiap hujung minggu, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai persembahan seperti tarian LED, walkabout karakter, serta bengkel kanak-kanak bertema Krismas termasuk pembuatan manik dan crafting globe-ball.
Tahun ini juga menyaksikan pelancaran CapitaPlus, platform ganjaran yang menawarkan pelbagai kelebihan eksklusif dan tawaran menarik daripada premis di Melawati Mall.
Antara yang menjadi perhatian:
Belanja minimum RM100 dan muat naik resit ke CapitaPlus untuk menyertai.
Lebih tinggi perbelanjaan, lebih besar peluang menang.
Pengunjung juga boleh menebus hadiah edisi khas dengan:
Belanja RM100 (1 resit) – Merry Charm (5 reka bentuk untuk dikumpul)
Belanja RM180 (2 resit) – Merry Jar
Belanja RM500 (3 resit) – Merry Mist Purifier (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Suasana perayaan turut diperkaya dengan Christmas Bazaar yang menawarkan pilihan hadiah, barangan bertema Krismas dan juadah musim perayaan di Centre Court.



Beberapa jenama baharu juga dibuka di Melawati Mall, antaranya: Chagee, Luckin Coffee, Lapisan Patisserie, Clarks, Monster Art Studio, Swing! Baseball Batting Centre dan Card Dojo, sekali gus mengukuhkan kedudukan mall ini sebagai destinasi beli-belah dan gaya hidup pilihan penduduk setempat.
Majlis pelancaran turut meraikan pemenang kempen Shop Smart Win Smart sebagai penghargaan kepada sokongan pengunjung sepanjang tahun. Dengan pelbagai aktiviti, dekorasi memukau dan ganjaran menarik, Melawati Mall mengajak orang ramai meraikan penghujung tahun dengan penuh warna, keriangan dan keceriaan.