Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Menakjubkan, Fenomena Penghijaban Zuhal Dirakam Awal Pagi Tadi

Azizah Najib
Kredit: Shamsudin Abdul Wahab/ Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Menakjubkan, Fenomena Penghijaban Zuhal Dirakam Awal Pagi Tadi

Warga Malaysia berpeluang melihat planet Zuhal apabila berlakunya peristiwa penghijaban planet tersebut oleh bulan awal pagi tadi.

Menurut Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), planet Zuhal akan mula terselindung di belakang Bulan kemudian muncul kembali di sebelah bulan selepas ‘keluar’ dari lindungan bulan.

“Di Kuala Lumpur, kita berpeluang menyaksikan fenomena tersebut sekitar jam 4:07 pagi dengan mulanya Zuhal terselindung di belakang Bulan di langit selatan dan kemudian Zuhal akan kelihatan semula di sebelah Bulan sekitar jam 4:54 pagi (waktu bergantung kepada lokasi pencerap),” kata pihak MYSA.

Menerusi perkongsian siaran langsung melalui laman Facebook Pejabat Mufti Wilayah Persektuan (WP), planet bergelang itu dapat dilihat mula dilindungi bulan sekitar 4.08 pagi iaitu ketika siaran tersebut bermula.

Zuhal kemudiannya hilang di sebalik bulan dan muncul kembali sekitar jam 4.50 pagi. Bagi yang ingin menonton semula siaran langsung tersebut, ia boleh dilihat pada minit ke 42.

BACA: Menakjubkan, Pesona “Strawberry Moon” Pukau Pandangan Ramai

Selain daripada perkongsian siaran langsung Pejabat Mufti WP, Falak Online turut kongsikan gambar kronologi fenomena tersebut.

penghijaban zuhal oleh bulan
Gambar: Falak Online via Facebook

Salah seorang pengguna Facebook, Shamsudin Abdul Wahab turut berkongsi video cerapan yang dapat dilihat dengan jelas kehadiran dan pergerakan planet Zuhal.

“Alhamdulillah berjaya merakam detik-detik penghijaban Bulan bersama planet Zuhal,” katanya.

penghijaban zuhal oleh bulan
Gambar: Shamsudin Abdul Wahab via Facebook

BACA: Kenapa Bulan Purnama Dipanggil “Strawberry Moon”? Ini Sebabnya

Beberapa pengguna laman Facebook yang lain turut berpeluang merakam kejadian ini walaupun mengalami kesukaran disebabkan kecerahan cahaya bulan yang menghampiri fasa bulan purnama.

Apa itu penghijaban dalam bidang astronomi?

Menurut penerangan dari MYSA, penghijaban atau disebut occultation bermaksud satu fenomena lintasan sesuatu objek di hadapan objek lain.

Fenomena penghijaban semalam disebut penghijaban zuhal oleh bulan (Lunar Occultation of Saturn).

“Penghijaban Zuhal oleh Bulan merupakan fenomena apabila Bulan kelihatan melintas di hadapan planet Zuhal dari pandangan Bumi, iaitu planet Zuhal akan kelihatan terselindung di sebalik atau belakang Bulan, dan kemudian ia akan muncul semula dalam tempoh tertentu.

“Fenomena tersebut boleh disaksikan dengan menggunakan binokular atau teleskop. Walau bagaimanapun, kenampakan fenomena tersebut adalah sangat bergantung kepada keadaan langit semasa,” jelasnya.

Sumber: Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) via Facebook, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan via Facebook, Shamsudin Abdul Wahab via Facebook, Falak Online via Facebook