Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menakjubkan, NASA Dedah Imej Bumi Dirakam Guna iPhone 17 Pro Max

Athirah
iPhone 17 Pro Max
Kredit: NASA

Menakjubkan, NASA Dedah Imej Bumi Dirakam Guna iPhone 17 Pro Max

Tidak dinafikan, telefon pintar merupakan satu benda yang penting dalam kehidupan semua orang.

Namun, pernahkah anda terbayang sekiranya kita keluar ke mana-mana tanpa telefon pintar di tangan?

Bagi angkasawan NASA, setiap kali mereka menjalankan misi di angkasa, mereka terpaksa meninggalkan telefon milik mereka di Bumi.

Bagaimanapun, Pentadbir NASA, Jared Isaacman, memaklumkan angkasawan misi Crew-12 dan Artemis II akan dibenarkan membawa telefon pintar terkini dalam misi tersebut.

"Kami akan memberi kru kami peralatan untuk merakam detik-detik istimewa untuk keluarga mereka serta berkongsi imej dan video yang akan memberi inspirasi kepada dunia.

"Kami mencabar proses yang telah lama wujud dan melayakkan perkakasan moden untuk penerbangan angkasa dalam tempoh masa yang dipercepatkan," katanya.

Krew misi Artemis II guna iPhone 17 Pro Max untuk rakam imej Bumi

Baru-baru ini, angkasawan misi Artemis II berjaya merakam imej menakjubkan planet Bumi dari angkasa lepas.

Menerusi beberapa hantaran nasa di Instagram, salah satu gambar menunjukkan keseluruhan Bumi yang dilitupi awan putih, manakala satu lagi pula menampakkan lengkungan Bumi yang diambil dari tingkap kapsul angkasa tu.

Apa yang lebih mencuri perhatian ialah imej Bumi yang dirakam sebenarnya menggunakan telefon pintar moden, iaitu iPhone 17 Pro Max.

Ia sekali gus memperlihatkan keupayaan teknologi kamera peranti pengguna yang semakin canggih dan mampu menghasilkan imej berkualiti tinggi walaupun dalam persekitaran ekstrem.

Selain itu, imej yang dihasilkan memaparkan Bumi dengan perincian yang jelas, termasuk lapisan atmosfera dan permukaan yang kelihatan dari perspektif angkasa.

"Melihat rumah dari angkasa memang berbeza rasanya⁣

"@astro_christina dan @astro_reid sempat menoleh ke arah Bumi melalui tingkap kapal angkasa Orion, sementara angkasawan Artemis II meneruskan perjalanan mereka ke Bulan. Jauh di angkasa, misi mereka adalah untuk kita semua di rumah

"Setiap gambar diambil di dalam Orion yang pencahayaannya redup, dengan tingkap besar menampilkan Bumi yang terang benderang," ujar NASA di ruangan kapsyen.

Sumber:Instagram