Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menakjubkan, NASA Kongsi Gambar Dua Fenomena Ketika Keliling Bulan

NASA Kongsi Gambar
Kredit: NASA

Menakjubkan, NASA Kongsi Gambar Dua Fenomena Ketika Keliling Bulan

Setiap kali dongak ke langit tak kira siang atau malam, tentunya buatkan kita termenung jauh.

Sebenarnya apa yang ada dekat atas sana?

Lebih-lebih lagi, cakerawala menyimpan penuh seribu satu rahsia dan keajaiban yang tak masuk dek akal.

NASA Kongsi Gambar Earthset & Solar Eclipse

Menerusi perkongsian Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), hari ini berkongsi beberapa panorama indah bulan yang jarang-jarang dapat disaksikan oleh seluruh penduduk bumi dalam misi Crew-12 dan Artemis.

Dalam laporan BBC, NASA telah mendedahkan foto-foto pertama yang dirakam oleh angkasawan Artemis II semasa penerbangan mereka mengelilingi Bulan.

Imej pertama menunjukkan fenomena 'Earthset' (Bumi terbenam)

Sementara itu, gambar kedua pula menunjukkan gerhana matahari ketika Bulan menghalang cahaya matahari.

Geng Flat Earth 'Terciduk' NASA Kongsi Wajah Bumi Dari Angkasa

Sebelum ini, angkasawan misi Artemis II turut berjaya merakam imej menakjubkan planet Bumi dari angkasa lepas.

Menerusi beberapa hantaran NASA di Instagram, salah satu gambar menunjukkan keseluruhan Bumi yang dilitupi awan putih, manakala satu lagi pula menampakkan lengkungan Bumi yang diambil dari tingkap kapsul angkasa tu.

Apa yang lebih mencuri perhatian ialah imej Bumi yang dirakam sebenarnya menggunakan telefon pintar moden, iaitu iPhone 17 Pro Max.

Lebih menarik, Artemis II mencatat rekod baharu itu apabila kapal angkasa Orion muncul sebagai misi paling jauh diterokai oleh manusia di angkasa.

Rekod sebelum ini dipegang dalam misi Apollo 13 pada April 1970, lebih 50 tahun yang lalu.

Sumber:NASA,BBC