Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat

Mendarat 10 Meter Atas Kepala, Lima Lapangan Terbang Paling Merbahaya Dalam Dunia

Helmi

Bagi yang sudah mempunyai pengalaman menaiki kapal terbang, sudah pasti anda sudah mempunyai pelbagai pengalaman mengerikan semasa kapal terbang yang anda naiki sedang berlepas dan mendarat.

Namun, tahukah anda terdapat 5 lapangan terbang yang amat membahayakan di dunia? Anda sudah pasti akan berfikir panjang untuk menaiki kapal terbang dari lapangan terbang ini.

5 lapangan terbang yang membahayakan di dunia.

1.Lapangan Terbang Antarabangsa, Princess Juliana, Saint Martin

Iluminasi

Ramai yang beranggapan bahawa gambar ini adalah palsu dan telah disunting, namun ia adalah gambar yang benar. Pesawat yang kelihatan berada betul-betul di atas kepala pengunjung-pengunjung Pantai Maho ini bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana yang terletak di Pulau Saint Martin.

Lapangan terbang kedua tersibuk di Timur Caribbean ini sangat terkenal dengan landasan pendaratan yang sangat pendek iaitu sepanjang 2,180 meter, jarak yang hampir tak cukup bagi pesawat berat. Ia membuatkan pesawat-pesawat yang ingin mendarat terpaksa terbang dengan ketinggian yang sangat rendah menghampiri pulau ini.

Pinterest

Pengunjung dengan selamba bermandi-manda sambil mengambil gambar pesawat yang hanya berada 10 hingga 20 meter di atas kepala mereka. Tiada kemalangan serius dilaporkan di lapangan terbang ini walaupun agak sukar melakukan pendaratan.

2. Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin, Carribean Netherlands.

Sekali pandang, tak nampak seperti sebuah lapangan terbang. Di Pulau Saba yang terletak di Caribbean Netherlands ini hanya mempunyai satu lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Juancho E. Yrausquin. Walaupun tak pernah berlaku kemalangan besar di fasiliti ini namun ia dianggap sebagai antara salah satu lapangan terbang paling berbahaya di dunia oleh pakar penerbangan.

Landasan di lapangan terbang ini ditandakan dengan “X” bagi memberi isyarat kepada juruterbang komersial bahawa lapangan terbang ini ditutup kepada penerbangan komersial. Apa yang membuatkan lapangan terbang ini sangat berbahaya adalah posisinya yang betul-betul berada di hujung tebing pulau ini.

cellcode.us

Landasan ini tersangatlah pendek iaitu hanya 400 meter, antara landasan yang terpendek di dunia. Ia diapit oleh daratan pulau di bahagian sisinya manakala di permulaan dan pengakhirannya pula terdapat tebing laut. Jika juruterbang tersilap ketika melakukan penerbangan atau pendaratan, kemungkinan besar pesawat akan terhempas ke dalam laut.

3. Lapangan Terbang Courchevel, Perancis

cellcode.us

Jika anda pernah, atau meminati sukan ski, anda pasti mengenali tempat ini. Tempat ini diberi nama Courchevel yang merupakan kawasan ski yang terletak di Alps Perancis. Cara terbaik untuk datang bermain ski di sini adalah dengan dengan pesawat, yang membuatkan terdapat sebuah lapangan terbang di atas pergunungan ini iaitu Lapangan Terbang Courchevel.

Namun, disebabkan topografi kawasan ini, ada yang tak kena dengan landasan lapangan terbang ini. Ia mempunyai landasan yang tersangat pendek, iaitu hanya 525 meter sahaja dengan gradian 18.5%.

cellcode.us

Disebabkan ia terlalu pendek, pesawat perlu mendarat di landasan yang condong ke atas bagi mengurangkan kelajuan, dan pesawat yang ingin berlepas perlu menggunakan landasan curam bagi menambahkan kelajuan ketika ingin berlepas.

Lapangan terbang ini juga pernah digunakan dalam penggambaran filem James Bond : Tomorrow Never Dies.

4. Lapangan Terbang Barra, Scotland

Pix Grove

Jika landasan-landasan dalam senarai ini berbahaya disebabkan landasan yang pendek dan tidak sekata, lain pula cerita Lapangan Terbang Barra ini. Terletak di Pulau Barra, Scotland, lapangan terbang ini merupakan satu-satunya lapangan terbang di dunia yang mana pesawat mendarat di atas pantai.

Disebabkan ianya mempunyai landasan berpantai, setiap hari landasan ini akan “dibersihkan” oleh air laut pasang. Pada lewat petang pula akan terdapat beberapa buah kereta berada di lot parkir dengan lampu kereta terpasang bagi memudahkan penglihatan juruterbang yang ingin membuat pendaratan.

Pix Grove

Ini adalah kerana lapangan terbang ini menggunakan cahaya semulajadi seperti cahaya matahari dan pantulan cahaya bulan sebagai sumber pencahayaan. Walaupun mendarat di atas pantai, anda masih boleh bermandi manda kerana tiada sekuriti yang ketat, hanya terdapat papan tanda tertulis “Jauhi pantai ini apabila angin kencang dan lapangan terbang sedang aktif”.

5. Lapangan Terbang Agatti, India

Poznai.by

Lapangan Terbang Agatti ini terletak di Pulau Agatti, India ini merupakan antara lapangan terbang yang mempunyai pemandangan persekitaran yang paling cantik di dunia, dengan air laut yang membiru. Ia adalah salah satu penyejuk mata bagi penumpang pesawat menikmati keindahan alam, namun ia juga adalah satu mimpi ngeri bagi setiap juruterbang.

Lakshadweep

Landasan kapal terbang ini yang dikelilingi oleh air laut membuatkan juruterbang tidak boleh melakukan sedikit kesilapan pun. Jika berlaku kesilapan, kemungkinan besar penumpang-penumpang termasuk juruterbang terpaksa berenang ke tepian.

Sumber: Reader’s Digest