Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menteri Pendidikan Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Guru Pelatih IPG, KPM Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Kemalangan

menteri pendidikan malaysia
Kredit: Bernama

Menteri Pendidikan Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Guru Pelatih IPG, KPM Ambil Tanggungjawab Penuh Insiden Kemalangan

PUTRAJAYA -- Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah hadir ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Isnin bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Christopher Ling Jia Siang dan Joey Ling Lin Siang, dua orang guru pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis yang mengalami kemalangan sewaktu mengikuti Program Pendidikan Luar Kampus.

Mewakili Kementerian Pendidikan (KPM), YB Fadhlina Sidek telah turut mengadakan pertemuan dengan keluarga terdekat kedua-dua mendiang dan menyampaikan ucapan takziah.

Kementerian mengambil tanggungjawab penuh atas kemalangan yang berlaku. Keadilan perlu ditegakkan untuk keluarga. Siasatan yang telus, tuntas dan menyeluruh sedang berjalan. Sebarang pelanggaran peraturan akan dikenakan tindakan dan tiada siapa yang akan dilindungi.

Beberapa pegawai yang terlibat secara langsung dalam penganjuran program ini akan ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis sehingga proses siasatan selesai.

Pada waktu ini, KPM turut sedang meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) bagi penganjuran aktiviti luar yang melibatkan semua institusi bawah kelolaannya bagi memastikan aspek keselamatan dapat diperkukuhkan.