Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Restoran Perkhidmatan Pantas (QSR) Halal tempatan kegemaran rakyat Malaysia, Marrybrown®, sekali lagi mencetuskan keterujaan dengan kemunculan semula menu terhad berinspirasikan Hallyu yang sangat dinanti-nantikan, MB Gangjeong Chicken. Gabungan berani rasa Korea dan cita rasa tempatan ini kini kembali untuk menggoda selera rakyat Malaysia dengan rasa manis, masam dan pedas yang tersendiri, dan boleh didapati di semua cawangan Marrybrown® bermula hari ini.
Sejak pertama kali diperkenalkan sebagai menu bermusim, MB Gangjeong Chicken cepat menambat hati peminat setia Marrybrown®. Sos glaze manis, masam dan pedas ini menjadi kegemaran ramai yang sukakan rasa berani dan unik. Disebabkan permintaan yang berterusan, menu ini telah beberapa kali membuat ‘comeback’ yang cukup berjaya.


“Fenomena K-Wave memang memberi impak besar terhadap selera rakyat Malaysia, dan setiap kali kami lancarkan semula MB Gangjeong Chicken, sambutannya luar biasa. Kami sentiasa pastikan rasa pedas, masam dan manis dalam resepinya seimbang dan sesuai dengan cita rasa tempatan,” kata En. Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown®.
Untuk edisi kali ini, Marrybrown® turut tampil dengan pembungkusan bertemakan Korea yang lebih meriah sesuai dengan populariti budaya K-Wave yang semakin meningkat di seluruh negara.

Dengan lebih 600 lokasi di 16 negara, Marrybrown® terus komited mengekalkan standard tertinggi dari segi kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai untuk pengalaman makan yang luar biasa.



Untuk info lanjut mengenai Marrybrown®, aplikasi MB App, promosi dan servis penghantaran, layari:
Website: https://marrybrown.com/ MB App: https://mbapp.marrybrown.com/ Facebook: Marrybrown Malaysia Instagram: Marrybrownmy TikTok: Marrybrownmy Threads: Marrybrownmy YouTube: Marrybrown TV