Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Menu Ramadan & Raya 2026 Secret Recipe, Nasi Arab Istimewa Chef Sid Murshid

Secret Recipe, rangkaian kafe gaya hidup terbesar buatan Malaysia, memperkenalkan menu khas musim ini yang direka untuk memberi pengalaman santapan penuh rasa dan makna.

Tahun ini, Secret Recipe tampil dengan kolaborasi menarik bersama Chef selebriti, Sid Murshid. Menu khas Ramadan dan Raya ini menampilkan sentuhan peribadi Chef Sid pada Nasi Arab, nasi wangi yang dimasak bersama rempah Arab asli, kaya aroma dan rasa. Hidangan ini bukan sekadar makanan, tetapi pengalaman santapan yang akan diingati oleh setiap pelanggan sepanjang bulan Ramadan.

Ryan Chung, Pengurus Pemasaran Secret Recipe berkata,

“Kami berasa terhormat dapat bekerjasama dengan Chef Sid Murshid untuk menu Ramadan dan Raya tahun ini. Harapan kami, hidangan ini dapat membawa keselesaan dan kegembiraan di meja makan, seperti suasana keluarga yang berkumpul pada bulan puasa.”

Chef Sid Murshid pula berkongsi,

“Saya berterima kasih kepada Secret Recipe atas peluang kolaborasi ini. Nasi Arab adalah antara hidangan kegemaran saya, dan bersama Secret Recipe, kami berharap menu ini menjadi alasan pelanggan untuk datang makan bersama orang tersayang sepanjang Ramadan dan Raya.”

Hidangan Middle Eastern Dengan Sentuhan Lokal

  • Chef Sid’s Nasi Arab Chicken – RM28.90/seorang atau RM52.50/dua orang

  • Chef Sid’s Nasi Arab Lamb Shank – RM59.80/seorang atau RM65.80/dua orang

Daging dimasak perlahan sehingga empuk, diserikan dengan Salata Hara (sambal cili segar) dan Raita (sos yogurt) untuk menaikkan rasa. Terdapat juga pilihan tambahan seperti Nasi Arab RM6, Salata Hara RM3.50, Raita RM7, Ayam Braised RM19.90, dan Lamb Shank Braised RM49.90.

Untuk minuman, Golden Sweet Corn (RM6) wajib dicuba dengan rasa manis dan lembut. Tambah aiskrim (+RM1.50) untuk versi float yang lebih enak. Bandung Soda Float (RM7.50) pula memberi rasa fizzy dan nostalgia, manakala promosi RM2 off untuk pembelian bersama Nasi Arab jika makan di restoran.

Mulai 2 Mac, pelanggan yang makan di restoran dan berbelanja minimum (tidak termasuk pembelian kek penuh) akan menerima Sampul Raya bertemakan Secret Recipe dan Raya, direka oleh artis tempatan, Yatt.

Menu Ramadan dan Raya ini boleh dinikmati di semua outlet Secret Recipe di Semenanjung Malaysia (kecuali AEON Mall Taiping dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz). Untuk maklumat lanjut, layari www.secretrecipe.com.my