Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Menu Sesuai Untuk Berbuka Puasa, Ini Resipi Ikan Siakap Masak Lemak Cili Api
Tidak dinafikan, masak lemak cili api memang tidak pernah gagal memikat selera.
Walau berapa banyak menu moden muncul, masakan tradisional ini tetap jadi pilihan utama.
Gabungan rasa lemak santan dan pedas cili api yang menyengat itu sentiasa buat orang bertambah nasi.
Justeru, hari ini SK ingin kongsikan resipi masak lemak cili api ikan siakap.
Untuk makluman pembaca, resipi ini diambil daripada pengguna @aridisnin di TikTok.
Bagi penyediaan bahan, @aridisnin mengisar 10 biji cili api Thai bersama setengah inci halia, empat ulas bawang putih dan enam biji bawang merah sehingga halus.
Selain bahan kisar tersebut, sediakan juga sebatang serai yang telah diketuk, dua sudu teh serbuk kunyit, satu kotak kecil santan dan satu setengah cawan air.

Tambahkan satu hingga dua keping asam keping untuk memberi sedikit rasa masam.
Perasakan dengan garam serta mushroom seasoning mengikut cita rasa masing-masing.
Akhir sekali, siapkan sehelai daun kunyit yang dihiris halus untuk digunakan dalam masakan nanti.
Mula-mula, @aridisnin kisarkan 10 biji cili api Thai bersama setengah inci halia, empat ulas bawang putih dan enam biji bawang merah sehingga halus.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi bersama sebatang serai yang diketuk.
Tumis sehingga naik bau dan garing bagi memastikan rasa lebih sedap dan sebati.
Selepas itu, masukkan dua sudu teh serbuk kunyit dan gaulkan rata sebelum dituangkan satu kotak kecil santan.

Kacau perlahan supaya santan tidak pecah. Kemudian, tambahkan satu setengah cawan air dan biarkan kuah mendidih perlahan.
Seterusnya, masukkan dua keping asam keping, garam serta mushroom seasoning mengikut cita rasa dan gaulkan sehingga semuanya sebati.
Akhir sekali, masukkan ikan siakap yang telah digoreng bersama sehelai daun kunyit yang dihiris halus.
Gaul perlahan dan biarkan masak seketika agar kuah meresap ke dalam ikan sebelum sedia untuk dihidangkan.