Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

”Mereka Diberikan Naluri Untuk Mengorbankan Jiwa”, Doktor Ini Kongsi Peribadi Seorang Ayah Ramai Yang Tak Mengerti

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Kasih sayang seorang ayah tiada tandingannya. Sanggup menggadaikan nyawa demi keselamatan anak tersayang, seorang lelaki telah menjadikan batang tubuhnya sebagai ‘perisai’ bagi melindungi si anak kecil berusia 4 tahun dari kebakaran rumah mereka.

Difahamkan, kejadian yang berlaku di luar negara itu meragut nyawa ibu mangsa, namun tiada maklumat lanjut mengenai keadaan si bapa pasca tragedi itu.

Kejadian ini telah menarik perhatian seorang Perunding Keibubapaan, Dr. Taufiq Razif dalam satu kiriman di Facebooknya baru-baru ini.

Dalam gambar ni, seorang ayah sedang menahan api yang sedang marak daripada menyentuh anaknya!

Seorang suami & ayah ni bukan biasa biasa Dengan kekuatan akal dan fizikalnya Mereka diberikan naluri untuk mengorbankan jiwa (sacrificial services) Dan kekentalan fikirannya (tough-minded) Bila melibatkan pasangan dan anak anaknya

Maafkan lah kekurangan mereka Yang kadangkala kurang memahami pasangannya Kadangkala kurang common sense-nya Kadangkala selalu menyakitkan jiwa

Kadang kita pelik Kadang kita aneh Kenapa anak-anak terlalu mengidolakan bapanya Padahal yang banyak berkorban adalah para isteri, ummi, ibu dan mama?

Rupanya itulah cara Anak kita membina karakter jiwanya Membina disiplin dirinya Dan membuatkan mereka ‘Protective’ untuk menjaga kita di hari tua

Ini juga cara Tuhan mendidik hati kita Untuk ikhlas, redha dan menerima Kerana balasan & ganjaran kepenatan, tidak difahami, tidak dimengerti, tidak diperhati itu sesungguhnya, Ada di syurga sana

Setiap manusia mempunyai kelebihan dan kekurangannya untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Persefahaman, toleransi dan menghargai sesama sendiri amat penting untuk mendapatkan keluarga yang bahagia kerana institusi rumah tangga lah yang mencorakkan personaliti anak-anak pada masa akan datang.

Sumber: Taufiq Razif