Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Meta Rancang Tuai Tenaga Matahari Terus Dari Angkasa, Pacu Operasi Pusat Data & AI
Syarikat teknologi kini giat meneroka cara baru untuk mendapatkan sumber bekalan tenaga besar yang diperlukan untuk mengoperasikan pusat data dan kecerdasan buatan (AI) masing-masing.
Salah-satunya adalah Meta iaitu syarikat induk kepada Facebook yang kini merancang untuk menuai terus tenaga matahari daripada angkasa lepas untuk memenuhi keperluan tersebut.
Menerusi kerjasama dengan sebuah syarikat pemula, Overview Energy, Meta sedang meneroka kaedah 'menyedut' tenaga matahari di angkasa lepas menggunakan satelit.
Konsep yang diketengahkan bukan sekadar memantulkan cahaya dari satelit ke bumi, sebaliknya mengubah tenaga yang diterima ke bentuk lain dan dihantar ke stesen penerima di bumi untuk di simpan.

Menurut Meta, infrastruktur tenaga solar konvensional yang ada ketika ini hanya menjana tenaga elektrik apabila menerima sinaran matahari.
Keadaan ini menyebabkan kemudahan itu tidak dapat beroperasi dalam tempoh yang lama, terutamanya ketika cuaca mendung dan pada waktu malam.
Overview Energy pula berhasrat untuk memanfaatkan tempoh tidak aktif tersebut, sekaligus menjadi solusi kepada kekurangan yang ada pada infrastruktur tenaga solar semasa.
Satelit milik Overview Energy ditempatkan dalam orbit geosynchronous kira-kira 22,000 batu di atas garisan khatulistiwa bumi, di mana cahaya matahari sentiasa ada, mengumpul tenaga di angkasa lepas dan memancarkan tenaga itu ke kemudahan solar di bumi dalam bentuk cahaya inframerah hampir berintensiti rendah.
Ini bermakna, ladang solar yang sebelum ini tidak dapat beroperasi pada waktu malam boleh terus menjana tenaga elektrik sepanjang masa, memaksimumkan output dan membekalkan lebih banyak tenaga kepada grid elektrik.

Fasiliti penerima akan menukar kembali cahaya inframerah itu kepada elektrik yang kemudian disalurkan kepada grid sedia ada, dengan cara yang sama seperti kemudahan panel solar mengendalikan cahaya matahari secara langsung pada siang hari.
Oleh kerana teknologi ini memanfaatkan infrastruktur solar sedia ada dan tidak memerlukan pembinaan kemudahan baharu, Meta berkata projek ini boleh dilaksanakan pada skala besar dengan lebih pantas berbanding kaedah tradisional.
Menurut Meta lagi, pihaknya merancang untuk 'memindahkan' sehingga 1 gigawatt tenaga solar dari angkasa ke bumi menerusi projek ini.
Ia sekali gus mampu meningkatkan kapasiti ladang solar sedia ada dan merealisasikan pelan penghasilan tenaga sepanjang masa, siang dan malam.