Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Pelancong Maut, Ular Masuk Dalam Seluar Ketika Saksikan Persembahan

Athirah
Ular
Kredit: AFP

Pelancong Maut, Ular Masuk Dalam Seluar Ketika Saksikan Persembahan

Seorang pelancong dari Jerman dilaporkan maut selepas dipatuk seekor ular yang masuk ke dalam seluarnya ketika dia sedang menonton persembahan semasa bercuti bersama keluarga di Mesir, lapor AFP.

Menurut pihak polis Jerman, lelaki berusia 57 tahun itu berada di sebuah hotel di Hurghada, destinasi pelancongan pantai terkenal di Laut Merah bagi menyaksikan persembahan tarian ular pada awal April lalu.

Polis di selatan Bavaria memaklumkan bahawa dua ekor ular digunakan dalam persembahan tersebut dan diletakkan di leher penonton.

"Pawang ular kemudiannya membiarkan salah seekor ular itu merayap masuk ke dalam seluar lelaki berkenaan sebelum ia mematuk kakinya," katanya.

Difahamkan, mangsa mangsa menunjukkan tanda-tanda jelas keracunan dan sempat diberikan bantuan pernafasan sebelum dikejarkan ke hospital, namun akhirnya disahkan meninggal dunia.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berasal dari daerah Unterallgäu di Bavaria dan ketika kejadian sedang bercuti bersama dua ahli keluarganya.

Polis serta pihak pendakwa raya Jerman kini menjalankan siasatan berhubung kes tersebut sambil menunggu keputusan ujian toksikologi.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Mesir memaklumkan kepada AFP bahawa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut.

Sumber:AFP