Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk, Waspada

Nur Syahirah Zainoor Hisham
MetMalaysia Keluar Amaran Hujan
Gambar via Awani

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) — Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di dua kawasan dan amaran hujan tahap waspada di sembilan kawasan sehingga esok.

Menurut kenyataan MetMalaysia hujan berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Rompin, Pahang dan Mersing, Johor.

“Hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu serta Kuantan dan Pekan di Pahang,” katanya.

Menurut MetMalaysia di Johor, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Segamat, Kluang, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sumber: BERNAMA