Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di Sembilan Negeri

Athirah
Hujan Lebat Di Sembilan Negeri
Kredit: AFP

METMalaysia Keluar Amaran Hujan Lebat Di Sembilan Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal akan melanda sembilan negeri sehingga jam 2 petang ini.

Amaran berkenaan dikeluarkan untuk seluruh kawasan di Pulau Pinang dan Terengganu.

Dalam pada itu, fenomena cuaca berkenaan juga diramal akan melanda kawasan Hulu Perak dan Batang Padang di Perak, manakala hujan lebat dan petir turut diramal berlaku di Kedah yang melibatkan daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Sik dan Baling.

Menurut MetMalaysia, amaran yang sama dikeluarkan melibatkan kawasan Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan.

Di Pahang, antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat adalah Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri

Seterusnya di Selangor, MetMalaysia turut menjangkakan Hulu Selangor, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Langat akan dibadai fenomena cuaca itu pada petang ini.

Bagi negeri Johor, amaran tersebut menyenaraikan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sebagai kawasan yang dijangka terjejas.

Kawasan-kawasan yang terlibat dalam amaran ribut petir dan hujan lebat adalah Kudat (Pitas dan Kudat) di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam,” ujar MetMalaysia menerusi hantaran.

Dalam pada itu, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

BACA: Didakwa Marah Dikeluarkan Dari “Group”, Lelaki Tembak “Admin” WhatsApp

Sumber: Malaysian Meteorological Department via Facebook