Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) yang dikesan pada jam 8 pagi di latitud 18.3 darjah Utara dan longitud 130.0 darjah Timur kira-kira 1151 kilometer (km) ke Tenggara Taipe, Taiwan.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke Barat Laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum mencapai 185 km/j.
Jarak ribut tropika dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,896 kilometer (km) ke Timur Laut Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun, tiada kesan signifikan terhadap Malaysia, lapor MetMalaysia.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.,” maklum kenyataan itu.