Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Satu Negeri

Iqbal Yasir
Hujan Berterusan Tahap Buruk negeri
Gambar: Bernama

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Satu Negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Kelantan dan tahap waspada melibatkan enam negeri bermula hari ini.

Tahap Buruk

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran hujan berterusan tahap buruk di keluarkan di Kelantan sehingga 24 November ini.

“Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh) sehingga Isnin, 24 November 2025,” maklum kenyataan itu.

Tahap Waspada

Manakala amaran hujan berterusan tahap waspada di keluarkan terhadap keseluruhan negeri di Perlis, Kedah Pulau Pinang, beberapa daerah Perak, Kelantan Terengganu.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri seluruh kawasan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (merangkumi daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) sehingga Isnin, 24 November 2025.

“Manakala di negeri Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang) selain seluruh negeri Terengganu sehingga Rabu, 26 November 2025,” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia