Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Lekukan Tropika 

Iqbal Yasir
Gambar: MetMalaysia

MetMalaysia Keluarkan Amaran Lekukan Tropika

KUALA LUMPUR — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran Lekukan Tropika yang dikesan pada 5 pagi ini di latitud 4.5 darjah Utara dan longitud 104.9 darjah Timur.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan lekukan itu dijangka bergerak ke arah Timur Laut dengan kelajuan 10 kilometer sejam (km/j) dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j.

Jarak ribut tropika dari bandar terdekat adalah kira-kira 170 kilometer (km) dari Tenggara Dungun, Terengganu.

Keadaan itu boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.,” maklum kenyataan itu.

Semalam, jabatan itu mengeluarkan amaran berkaitan Lekukan Tropika yang bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan dua kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 50km ke tenggara Kemaman, Terengganu.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

BACA JUGA: Hujan Lebat Berterusan Diramal Di Beberapa Negeri Hingga Esok