Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Di Kebanyakan Negeri Sehingga Malam Ini

Gambar Via Google

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri yang akan berlaku pada malam ini.

Amaran ribut petir yang dikongsikan sebentar tadi dijangka bakal berlaku sehingga jam 9 malam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri PerlisKedahPulau PinangPerakKelantan (Jeli dan Tanah Merah) • Terengganu (Hulu Terengganu dan Dungun) • Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Bera, Pekan dan Rompin) • SelangorWP Kuala LumpurWP PutrajayaNegeri SembilanMelakaJohorSarawak: Serian (Serian), Samarahan, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang • Sabah: Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Sandakan) • Labuan sehingga 9:00 malam; Selasa, 7 Julai 2020.

Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan elakkan dari mengunjungi kawasan-kawasan yang berisiko.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia