MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Tropika NARRA
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika (NARRA) yang dikesan pada jam 8 malam ini di latitud 20.0 Utara dan longitud 108.9 Timur kira-kira 39 kilometer (km) dari Barat Laut Sandu, China.
Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah Timur Laut dengan kelajuan 19 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum mencapai 65 km/j.

Jarak ribut tropika dari bandar terdekat adalah kira-kira 1,691 kilometer (km) dari Barat Laut Kudat, Sabah.
Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat MTL dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638.,” maklum kenyataan itu.

