Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

METMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Fengshen Di Perairan Negara

Hannah
Ribut Tropika Fengshen
Gambar: DOST-PAGASA/FB

METMalaysia Keluarkan Nasihat Ribut Tropika Fengshen Di Perairan Negara

KOTA KINABALU, 19 Okt (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika (FENGSHEN), yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 961km ke timur laut, Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan ribut berkenaan mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.

Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 11 pagi tadi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, kira-kira 34km ke barat laut Manila City, Filipina.

BACA: Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin, Tiba-tiba Parcel Sampai

Sumber: BERNAMA