Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Deepavali Bagi Seluruh Negara

Gambar: Bernama

Perayaan Deepavali atau Diwali bakal diraikan pada tanggal 4 November 2021. Perayaan ini merupakan salah satu perayaan yang turut diraikan di Malaysia.

Menerusi perkongsian di akaun Twitter, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca bersempena hari Deepavali yang bakal disambut pada hari esok.

Pada waktu pagi, kebanyakan negeri dijangka mengalami hujan dan ribut petir kecuali bagi negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang yang akan mengalami cuaca mendung.

Beralih kepada sebelah petang pula, kesemua negeri diramalkan bakal mengalami cuaca hujan atau ribut petir.

Manakala pada sebelah malam, kebanyakan negeri dilaporkan bakal mengalami cuaca hujan kecuali bagi negeri Perlis, W.P Kuala Lumpur, W.P Putrajaya, dan Melaka.

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh ikuti akaun Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia atau di laman web http://met.gov.my .

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia