Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Uji Siren Amaran Awal Tsunami Di Mersing, Johor Esok

Gambar Via Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Mac (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi esok.

MetMalaysia menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan.

Sumber: BERNAMA