Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Michelle Yeoh Antara 8 Ahli Baharu IOC

Syed Faisal Sayed Muhammad
Michelle Yeoh ahli OIC
Kredit BERNAMA

Michelle Yeoh Antara 8 Ahli Baharu IOC

MUMBAI, 17 Oktober (Bernama-Xinhua) — Pemenang Oscar Tan Sri Michelle Yeoh dipilih sebagai ahli baharu Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) pada hari terakhir Sesi ke-141 IOC di sini, pada Selasa.

Aktres antarabangsa kelahiran Malaysia berusia 61 tahun itu merupakan antara lapan ahli baharu yang dipilih dalam jawatankuasa berkenaan.

Menyertai bekas juara skuasy remaja itu ialah Yael Arad (Israel), Balazs Furjes (Hungary), Cecilia Roxana Tait Villacorta (Peru), Michael Mronz (Jerman) dan Petra Sorling (Sweden), lapor Xinhua.

Baca: Kenapa Pemain Takraw Boleh Gelak & Tak Mudah Melenting Walau Kena ‘Psiko’ Dengan Regu Lawan?

Kelima-lima mereka telah dicadangkan sebagai ahli individu oleh Lembaga Eksekutif IOC pada September.

Selain itu, Jae Youl Kim dari Korea Selatan serta Mahrez Boussayene (Tunisia) turut dipilih dalam jawatankuasa berkenaan atas sumbangan mereka dalam bidang sukan.

Sumber: BERNAMA-XINHUA