Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Minta Disuap, Kisah Pemandu & Anak Yatim Ini Undang Sebak
Sebut sahaja perkataan anak yatim, pasti ramai yang tersentuh hati memikirkan perjalanan hidup mereka tanpa belaian insan yang digelar ibu dan ayah.
Realiti yang ditanggung sejak kecil itu menjadikan setiap kisah mereka dekat di hati sesiapa yang mendengarnya.
Setiap kisah berkaitan anak yatim sering mengundang rasa sayu, apatah lagi apabila melibatkan peristiwa yang penuh kasih sayang dan meninggalkan kesan mendalam kepada sesiapa yang menyaksikannya ketika itu.
Kisah menyentuh hati kali ini dikongsi oleh seorang pengguna Thread, @jimjeeb sehingga mendapat perhatian warga maya.
Pernah bekerja di syarikat yang sering mengadakan aktiviti bersama anak yatim, lelaki berkenaan berkongsi satu kisah yang terpahat di jiwanya.
Peristiwa bermula ketika lelaki berkenaan sedang berbual bersama pemandu kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat tersebut di sebuah majlis berbuka puasa bersama anak yatim.
Dengan usia sudahpun mencecah 50-an, pemandu tersebut sudahpun mempunyai dua orang anak yang telah dewasa.
“Orangnya mesra, anak dah besar. Dua orang ambil jurusan perubatan dekat Ireland kalau tak silap,” katanya.
Ketika mereka menanti waktu untuk berbuka puasa, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu didekati seorang anak yatim.
“Budak tu pegang je paha abang tu masa makan. Lepas tu aku nampak, budak tu minta abang tu suap dia.
“Aku masa tu mata dah berkaca-kaca dah,” sambung lelaki itu.
Menurutnya, kanak-kanak lelaki itu dianggarkan dalam lingkungan umur 3 tahun.
Tanpa berfikir panjang, pemandu berkenaan menyuapkan makanan kepada kanak-kanak tersebut.
“Siap bersihkan mulut budak tu semua. Lepas tu masa terawih, aku tengok lagi. Budak tu berdiri sebelah abang tu.
“Ni paling aku tak boleh tahan, aku nampak budak tu pi depan abang tu depang tangan dia masa solat tu. Abang tu sambut dan dukung budak tu masa solat,” ujarnya.
Kongsinya lanjut, kanak-kanak berkenaan memeluk erat pemandu tersebut. Lelaki berkenaan kelihatan begitu bersabar melayani karenah anak kecil itu.
Ketika berdoa pemandu tersebut turut memangku si kecil.
“Siap amin sama-sama lagi. Aku tengok budak tu sangat gembira, abang tu pun. Cantik sungguh pemandangan dan pengalaman tu,” sambung lelaki tersebut.
Sebelum pulang, mereka sempat berbual bersama. Pemandu berkenaan rupanya turut sebak ketika melayani kanak-kanak tersebut.
“Yalah, dia memang penyayang dan anak-anak sendiri pun dah besar. Mesti la dia terasa benda macam tu,” ulasnya.
Mengenang kembali, majlis tersebut diadakan pada bulan November. Mereka berdua ditakdirkan bertemu kembali ketika pemandu tersebut muncul di pejabat sekitar bulan Mei.
“Aku tanya la apa pasal, nak kemas kini tanggungan katanya,” maklumnya.
Mendengar jawapan tersebut, lelaki berkenaan sempat berseloroh, mengusik pemandu yang sudah lanjut usia itu. Tanpa berkata apa, pemandu itu memanggil isterinya yang ketika itu turut berada di sana.
Sesuatu yang tidak diduga berlaku.
“Akak tu datang sambil dukung… ya, anak yang dulu tu. Rupanya dia terus pi JKM uruskan pengambilan anak tu dan masa tu, anak tu statusnya anak pelihara,” kongsinya, sebak.
Tanpa berlengah, lelaki berkenaan bertindak menguruskan semua dokumentasi pemandu tersebut sehingga selesai.
“Puas sangat hati aku masa tu. Dah 12 tahun benda ni lalu. Kita semua dapat rezeki tapi orang terpilih je dapat rahmat Allah,” katanya menutup perkongsian.
Sumber: Thread @jimjeeb