Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Minta Orang Ramai Hati-Hati, FBI Dakwa Tv Internet Mungkin Boleh Dipasang Alat Pengintip & Digodam

Kredit: Google

Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendakwa televisyen moden terkini mungkin boleh menjadi akses kepada penggodam untuk mengintip anda.

Menurut laman CBS News, FBI menyatakan peranti berkenaan boleh diakses penggodam melalui sambungan Internet kepada alat berkenaan.

Dengan teknologi canggih seperti arahan menggunakan suara untuk menukar saluran, mikrofon tersebut juga boleh disalah guna.

“Risiko terendah adalah mereka boleh menukar saluran, bermain dengan kelantangan suara dan menunjukkan anak-anak anda video yang tidak senonoh,” katanya.

Justeru, mereka mengingatkan pengguna agar sering menukar kata kunci serta menyahaktif ciri tambahan pada televisyen. Mereka turut menyarankan pengguna menutup kamera dengan pita ketika tidak digunakan.

Sumber: CBS