Minta Sunting Gambar Bersama Mendiang Suami, Wanita Terharu Tengok Hasilnya
Pemergian insan tersayang menjadi momen kelam yang pastinya sangat perit untuk dilalui oleh sesiapa sahaja. Apatah lagi jika insan tersebut merupakan pasangan kita yang sentiasa berada di sisi selama ini.
Tiada lagi jasad menemani, yang tinggal hanyalah kenangan dan kerinduan yang tidak akan pernah pudar.
Selain itu, foto-foto bersama juga menjadi memori yang paling membekas di hati.
Mungkin disebabkan itu, seorang wanita baru-baru ini meminta orang ramai di dalam Kumpulan Facebook Edit Apa Hari Ini untuk menyunting gambar bersama mendiang suaminya.
Menurut Nishalin Ganasagaran, dia merindui mendiang suaminya yang meninggal dunia sejak dua tahun yang lalu.
Wanita minta sunting gambar bersama mendiang suami
"Hai boleh tolong edit gambar saya bersama suami saya? Saya kehilangan suami saya dua tahun yang lalu.
"Saya sangat merinduinya, gambar ini membuatkan saya rasa seperti dia ada bersama saya," katanya.
Kredit: Nishalin Ganasagaran
Kredit: Nishalin GanasagaranMenjengah ke ruangan komen, ramai yang menunjukkan bakat masing-masing dan menyunting gambar tersebut dengan sangat indah.
Ada yang hanya menggabungkan kedua-dua gambar asal dan tidak menyunting dengan sebarang latar belakang. Membuatkan gambar itu kelihatan lebih nyata.
Kredit: Shantini RajanderanTidak kurang juga, ada yang menambah pelbagai latar belakang yang cantik.
Kredit: Ben Khiu
Kredit: Holy River
Kredit: Somasundaram Suppiah
Kredit: Krishna Rasasingam
Kredit: Mohd Hisham
Kredit: Muhammad Nazif MisnanTerharu melihat kesemua gambar yang disunting, Nishalin mengucapkan terima kasih.
"Terima kasih semua untuk gambar yang cantik dan ucapan takziah yang tulus ikhlas. Ia benar-benar bermakna buat saya," katanya.
Sementara itu, netizen turut memuji hasil suntingan gambar-gambar itu dan mendoakan agar Nishalin terus kuat menempuh dugaan.
"Saya tak pandai edit cuma berharap awak terus kuat ya"
"Terbaik tukang edit. Tahniah. Semoga yang punya gambar ada kenangan"
"Takziah untuk awak dan tolong simpan semua kenangan indah ini. Semoga Tuhan merahmatimu"
"Kagum dengan gambar-gambar yang disunting, sangat cantik"
"Semua gambar sangat cantik, kreatif"
"Semua gambar yang disunting sangat hebat. Saya bersimpati dengan kehilangan awak. Kekal kuat dan hargai semua kenangan indah bersamanya"
"Cantik-cantik gambar yang rakan-rakan dalam kumpulan ini edit, simpan dik, buat satu album. Moga terubat rindu adik pada suami"