Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Wanita Minta “Edit” Gambar Nampak Seram, Hasilnya Buat Ramai Pejam Mata
Hari ini, boleh dikatakan memiliki telefon pintar bukan lagi satu pilihan, sebaliknya sudah menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Peranti kecil ini bukan sekadar alat untuk berhubung, tetapi juga menjadi medium utama mencari maklumat, mengurus kerja, malah mengisi masa lapang dengan lebih produktif.
Seiring kemajuan teknologi, telefon pintar kini mampu berfungsi seperti kamera profesional untuk merakam gambar, dan seperti komputer mini untuk melakukan kerja-kerja suntingan.
Kalau dahulu kita mungkin perlu mendapatkan khidmat pakar untuk mengambil gambar atau menyunting video, kini semuanya boleh dilakukan dengan mudah hanya melalui telefon bila-bila masa dan di mana saja.
Lebih-lebih lagi, pelbagai filter dan tools menarik yang tersedia dalam aplikasi moden, hasil gambar dan suntingan bukan sahaja kelihatan profesional, malah mampu mencuri perhatian dan menghiburkan ramai orang.
Dengan kecanggihan aplikasi terkini dalam penyuntingan gambar dan video, pemilik kepada akaun Facebook Nbella Emy telah memuat naik sekeping gambar ke Kumpulan Edit Apa Hari Ini.

Dalam hantaran tersebut, wanita itu meminta pertolongan orang ramai untuk menyunting gambar dirinya yang sedang duduk di atas tiang pagar rumah tampak lebih seram.
Menerusi permintaan itu, warga maya ternyata tidak melepaskan peluang keemasan untuk menonjolkan bakat suntingan masing-masing.
Apa yang melucukan, penyunting-penyunting gambar alam maya ini begitu kreatif dengan menerapkan unsur-unsur lucu dan seram dalam suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya. Bahkan ada yang diluar kotak pemikiran. Jadi, tak dinafikan bakat dan kretiviti suntingan warga maya bukan calang-calang.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk anda di bawah.























Sumber: Nbella Emy via Facebook Kumpulan Edit Apa Hari Ni?