Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Misi Diplomasi 'Guru' Diteruskan, Anwar Bertemu Pezeshkian & Abbas Araghchi

Misi Diplomasi 'Guru'
Kredit: Kamil Munim

Memasuki hari kedua di New Delhi, India, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri pertemuan diplomatik bersama pemimpin dunia.

Pada pagi ini, beliau mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS, yang turut disertai Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim berkongsi satu video di Threads yang memperlihatkan ketiga-tiga pemimpin berkenaan sedang berbincang selepas pertemuan tersebut.

Misi diplomasi 'guru'

“Guru meneruskan misi diplomasi pagi ini bersama Presiden Masoud Pezeshkian dan Menteri Luar Abbas Araghchi,” katanya.

Menerusi pertemuan itu, Anwar berkata mereka membincangkan hala tuju kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang menerusi pertemuan itu.

Beliau juga menyuarakan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang berlarutan serta ketegangan yang terus memuncak di Asia Barat.

“Malaysia menggesa semua pihak menghentikan tindakan yang boleh memburukkan keadaan, kembali ke meja rundingan serta mengutamakan dialog dan diplomasi bagi menyelesaikan pertikaian secara aman.

“Malaysia berpendirian bahawa kebebasan dan keselamatan laluan maritim melalui Selat Hormuz perlu terus dipelihara selaras dengan undang-undang antarabangsa. Sebarang gangguan akan membawa kesan besar terhadap keselamatan tenaga, perdagangan dan ekonomi dunia,” katanya menerusi kenyataan di media sosial.

Selain itu, mereka turut meneroka usaha memperluas perdagangan dan pelaburan Malaysia-Iran, khususnya dalam sektor tenaga, pertanian, minyak sawit, keterjaminan makanan, industri halal, teknologi dan pendidikan tinggi.

“Usai mesyuarat dua hala, saya dan Dr Masoud sempat berbicara secara empat mata. Insya-Allah Malaysia sedia menterjemahkan hubungan persahabatan ini kepada kerjasama yang lebih bermakna dan berterusan demi manfaat rakyat kedua-dua negara,” ujarnya lagi.

Sumber:Awani,Threads
Intipati
  • Anwar Ibrahim bertemu Presiden Iran, Masoud Pezeshkian di New Delhi pagi ini.
  • Pertemuan dua hala itu berlangsung di luar Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS.
  • Anwar menggesa pihak terlibat konflik serantau kembali kepada rundingan dan diplomasi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan