Terkini

Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Trivia
SKOMKHPKJCDPWB, Singkatan Terpanjang Di Dunia Ada Di Perak
Berita
Pelajar UPSI Ditemukan Lemas Ketika Berkelah Di Sungai Bernam
Selera
Menu Bujang, Ini Resipi Spaghetti Goreng Mudah & Ringkas
Gambar: Him Akmal

Misteri Bau Tak ‘Sedap’ Terjawab, Mayat Bayi Dipercayai Dibuang Tepi Jalan Ditemui Dalam Kotak Milo

Nur Adnin

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Apakah perasaan anda sebagai ibu jika ada orang lain menyakiti anak anda sendiri? Secara fitrahnya, ibu manalah yang tidak sayangkan anak kan? Jangankan kata panas, hatta digigit semut pun dah buat si ibu risau.

Mana-mana anak kecil atau bayi pun, pasti akan memerlukan keberadaan si ibu di samping mereka setiap masa. Tapi apa yang berlaku kepada bayi yang tidak berdosa ini memang sangat menyayat hati..sungguh!

Diceritakan daripada seorang netizen bernama Him Akmal, lelaki ini mendakwa dirinya ‘ditemukan’ dengan seorang bayi malang yang ditinggalkan di dalam sebuah kotak baru-baru ini. Sepi tanpa ibu, pilu menatap siang dan malam..bersendiri di tepi jalan.

Bayangkanlah, bayi lain seusianya sepatutnya sedang lena dalam dakapan mesra si ibu. Terlelap tenang selepas kenyang meneguk air susu kasih ibu. Tapi tidak bagi bayi ini, sebaliknya dia terlelap kaku, lidahnya kering tanpa susu..hingga tubuhnya kelu buat selama-lamanya!

Mari hayati perkongsian oleh Him Akmal di bawah ini.

Syurga buatmu si anak kecil

Gambar: Him Akmal

Tepat jam 10.00 pagi pada hari yang sederhana panas ni Team Anjung 336 seperti biasa akan buat edaran percuma Nasi Lemak 336 di bus-stop Jalan Kuala Selangor berdekatan Taman Barium.

Selepas 30 minit edaran dibuat semasa kami semua nak gerak balik, Him baru tersedar ada satu kotak Milo betul-betul di kawasan edaran kami. Him pun macam dapat rasa sesuatu lah.

Sebelum Him terdetik nak tendang perlahan-perlahan kotak tu actually memang dah terdetik dah mesti ada sesuatu dalam kotak Milo ni sebab kotaknya nampak lawa macam tidak pernah disentuh.

Gambar: Him Akmal

Lepas tu Him cuba tolak kotak tu perlahan-lahan dan rasa macam berat je, rasa macam ada sesuatu dalam kotak ni. Him pun beranikan diri untuk bukak kotak tu dan ternampak ada beg dalam tu.

Dalam pada masa yang sama Him nampak bonjolan bulat kain putih seakan-akan membentuk kepala. Ternampak juga semut-semut mengerumuni beg dan ada keluar sedikit bau yang tidak menyenangkan juga pada masa tu.

Memang Him dan team semua rasa tak sedap hati dan bila kami masing-masing bertanya sesama kami, instinct kami pada masa tu semua sama. Then kami buat keputusan terus call pejabat polis yang berdekatan.

Gambar: Him Akmal

Dalam beberapa minit kemudian pihak polis datang dan membuat siasatan. Lepas meneliti kotak dan beg tu pihak polis mengesahkan memang dalam bungkusan putih tu adalah bayi yang sudah tidak bernyawa pada masa tu.

Memang tak pernah Him sangka benda ni akan berlaku in real life pada Him. Pada pendapat Him bayi tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi.

‘Mereka’ tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga. Boleh hubungi hotline Talian Kasih 15999 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan terus ke lokasi untuk melihat apa yang dorang boleh bantu.

Semoga SYURGA buatmu Si Anak Kecil.

#SaveALife #KasihMalaysia #TalianKasih

Gambar: Him Akmal

Sumber: Him Akmal