Semua surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebelum ini terbatal mulai 1 Jun esok.
Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebaliknya memaklumkan, permohonan baharu kebenaran perjalanan untuk bekerja perlu dikemukakan semula melalui portal COVID-19 Intelligence Management System (CIMS) 3.0 yang diselaraskan MITI.
Difahamkan portal tersebut merupakan sebuah pusat sehenti (one stop centre) yang diwujudkan untuk mengeluarkan surat kebenaran beroperasi bagi sektor perkhidmatan perlu.
Surat kebenaran beroperasi tersebut akan dikeluarkan setelah mendapat pengesahan daripada kementerian-kementerian yang mengawal selia 17 sektor perkhidmatan perlu berkenaan.
MKN memaklumkan hebahan sedemikian dalam satu kenyataan rasmi hari ini.

Sumber: MKN