Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Momen Sebak Remaja Di Gaza Teruja Terima, Buka Kotak Bantuan

Iqbal Yasir
remaja Gaza buka kotak bantuan
Gambar: TikTok @ahmed.910.com

Momen Sebak Remaja Di Gaza Teruja Terima, Buka Kotak Bantuan

Baru-baru ini, tular momen seorang remaja di Gaza membuka sebuah kotak bantuan yang di bawa pulangnya ke rumah.

Lebih meruntun hati, remaja yang dikenali Ahmed Mohamed itu mendakwa ia merupakan kotak bantuan pertama yang diterimanya selepas enam bulan.

“Saya dapat kotak bantuan selepas enam bulan kami tidak dapat apa-apa bantuan,” katanya dalam klip di platform TikTok berkenaan.

Dalam klip berkenaan, dia memperlihat isi kotak bantuan dipercayai dari Indonesia yang berjaya di hantar ke penduduk di sana.

“Wow ini mengagumkan, tengok.. ini benda yang kami rindukan kali terakhir, 1kg tepung.

“Beberapa madu, dan keju, beberapa paket minyak, pasta tomato, mi segera dan banyak minuman berkotak.

“Nasi, biskut, makaroni,” katanya dengan nada penuh gembira

Untuk makluman, setakat artikel ini ditulis, video ini telah mendapat lebih 2.1 juta tontonan kurang dari 24 jam dengan lebih 300,000 tanda ‘Suka’ dan pelbagai komen.

Tular Lelaki Gaza Berlari Bawa Pulang Bantuan MAPIM

Sebelum ini, tular video memaparkan seorang saudara di Gaza, yang tinggal di khemah pelarian, berlari teruja membawa pulang kotak bantuan tertera bendera Malaysia.

Dalam video tersebut, pemuda Gaza ini menceritakan dengan penuh keterujaan isi kotak bantuan

Pada Julai lalu, media antarabangsa melaporkan bahawa trak bantuan kemanusiaan dari negara itu telah mula memasuki Semenanjung Gaza pada Ahad, selepas Israel mengumumkan “henti seketika taktikal” di beberapa kawasan wilayah yang teruk terjejas itu bagi membolehkan penghantaran bantuan dilakukan.

Saluran berita Al-Qahera News yang berpangkalan di Mesir memuat naik kenyataan di platform X, memaklumkan bahawa trak bantuan Mesir mula memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan Rafah.

Kenyataan itu turut disertakan dengan rakaman video konvoi bantuan bergerak di kawasan sempadan.

BACA: Trak Bantuan Mula Memasuki Gaza Melalui Laluan Rafah

BACA: Bantuan Rakyat Malaysia Tembusi Gaza Selepas Enam Bulan Sekatan

Sumber: TikTok @ahmed.910.com