Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Monopoly Lancar Edisi ‘Longest Game Ever’, Kena Miliki 66 Hartanah Buat Anda Susah Nak Jadi ‘Jutawan’

Sofea
Gambar Via Google

Monopoly merupakan salah satu permainan papan yang paling terkenal dan masih lagi menjadi pilihan bagi seisi keluarga masa kini.

Bukan mudah untuk menjadi ‘jutawan’ dan memiliki semua hartanah yang diperuntukkan dalam permainan itu.

Namun, bagi yang masih tidak tahu, anda pasti akan lagi ‘terseksa’ apabila bermain Monopoly edisi ‘Longest Game Ever’ ini.

Manakan tidak, ia dilengkapi dengan 66 hartanah iaitu 33 lebih banyak daripada versi asalnya.

Syarikat pengeluarnya, Hasbro, memberi peluang kepada pencinta permainan papan untuk menghabiskan waktu lebih lama bermain Monopoly dengan memperkenalkan hanya satu mati.

Menurut Daily Mail, sebarang lelongan tidak dibenarkan namun ada beberapa kemas kini lain yang membantu menggerakkan wang dan meneruskan permainan.

Dilancarkan pada hujung tahun lalu, perbezaan dalam edisi ini ialah ketika pemain mendarat di ruang ‘Free Parking’, mereka akan dibayar.

Setiap bil juga dapat diagih dengan jumlah yang kecil dengan menggunakan garis berlubang yang memungkinkan pemain untuk meningkatkan pilihan pembelian mereka, yang juga bermaksud ada kemungkinan untuk bankrap.

Dalam edisi ini juga, anda boleh terus bermain setelah anda mengisytiharkan muflis namun anda mesti memiliki setiap harta di papan.

Ini bermakna versi ini tidak akan berakhir sehingga seseorang memiliki semua 66 hartanah, 16 jalan, empat landasan kereta api dan dua utiliti.

Sumber: Daily Mail