Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
kempen mesra Malaysia
Kredit: Bernama

MOTAC Lancar Kempen Mesra Malaysia, Hargai Komitmen Rakan Strategik Industri Pelancongan

Aina Munirah

MOTAC Lancar Kempen Mesra Malaysia, Hargai Komitmen Rakan Strategik Industri Pelancongan

KUALA LUMPUR, 11 FEBRUARI 2026 – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) hari ini melancarkan Kempen Mesra Malaysia sebagai inisiatif nasional bagi memperkukuh budaya layanan mesra dan kualiti perkhidmatan industri pelancongan negara sempena Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Majlis peluncuran yang disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya di Zon Ketibaan ERL, KL Sentral turut menyaksikan penyampaian Plak Rakan Strategik kepada agensi kerajaan dan pemain industri utama sebagai penghargaan atas sokongan dan komitmen mereka dalam menjayakan agenda hospitaliti negara.

Kempen Mesra Malaysia memberi penekanan kepada amalan perkhidmatan sebenar dalam kalangan petugas barisan hadapan termasuk sektor pengangkutan, hospitaliti, penerbangan dan pelancongan.

Kekuatan Malaysia terletak bukan sahaja pada kepelbagaian budaya, warisan makanan, seni dan tradisi yang kaya, serta keindahan alam semula jadi dan kemudahan pengangkutan yang menjadikan negara ini mudah diakses pelancong, tetapi yang paling signifikan ialah sikap rakyat Malaysia yang mesra, beradab dan sentiasa bersedia membantu.

Nilai inilah yang menjadi identiti nasional dan diperkukuh melalui Kempen Mesra Malaysia bagi memastikan setiap pelancong bukan sekadar datang melawat, malah pulang dengan pengalaman yang positif dan bermakna.

Antara rakan strategik yang menerima pengiktirafan termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Malaysia Airports Holdings Berhad, Prasarana Malaysia Berhad, Grab Malaysia, Malaysia Aviation Group, Air Asia, Batik Air, Majlis Pelancongan Pemandu Pelancong Malaysia (MTGC), Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO) dan Persatuan Hotel Bajet dan Perniagaan Malaysia (MyBHA).

Majlis turut menyaksikan penyampaian lencana (pin) Mesra Malaysia kepada wakil petugas barisan hadapan pelbagai sektor sebagai simbol komitmen dalam mengamalkan nilai layanan mesra di peringkat operasi, selain acara simbolik penampalan pelekat magnetik Kempen Mesra Malaysia ke atas kenderaan terlibat sebagai tanda pelaksanaan kempen secara langsung di lapangan.

Bagi menyokong peluasan jangkauan kempen ini, pihak Grab Malaysia turut menawarkan kerjasama strategik melalui penampalan pelekat Kempen Mesra Malaysia pada kenderaan e-hailing Grab sebagai medium promosi bergerak bagi memperluas hebahan dan meningkatkan kesedaran awam terhadap kempen tersebut.

Malaysia merekodkan 42.2 juta ketibaan pelawat pada tahun 2025, sekali gus menyediakan asas kukuh bagi mencapai sasaran 47 juta pelawat di bawah Visit Malaysia 2026.