Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MR D.I.Y. Marvellous CNY Serikan Senyuman Tahun Baru Cina

MR D.I.Y.

MR D.I.Y. Marvellous CNY Serikan Senyuman Tahun Baru Cina

Sempena sambutan Tahun Baru Cina (CNY) tahun ini, Yayasan MR D.I.Y. meneruskan inisiatif perayaan tahunan dengan membawa semangat sambutan tersebut ke rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Malaysia, bagi memastikan komuniti yang memerlukan turut dapat merasai kemeriahannya.

Menerusi inisiatif MR D.I.Y. Marvellous CNY, Yayasan MR D.I.Y. telah mengunjungi 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara, menyantuni para penghuni melalui penglibatan secara langsung serta sumbangan yang bermakna.

Inisiatif ini melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM14,000, bagi menyokong sambutan perayaan serta keperluan harian penghuni di rumah-rumah kebajikan yang terlibat.

Para penghuni dan sukarelawan berkongsi detik penuh keceriaan ketika meraikan Marvellous CNY bersama, dimeriahkan dengan hiasan perayaan, hadiah bermakna serta kehadiran maskot PANDAi MR D.I.Y.

Pasukan Yayasan MR D.I.Y. telah mengagihkan kotak keperluan Marvellous CNY ke rumah anak yatim, rumah warga emas dan pusat yang menyokong individu kelainan upaya.

Setiap kotak penjagaan mengandungi snek Tahun Baharu Cina serta barangan keperluan rumah. Inisiatif ini telah memberi manfaat kepada lebih 800 individu di seluruh negara

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin, berkata, “Tahun Baharu Cina adalah masa untuk berkongsi kegembiraan dan meraikan kebersamaan. Melalui inisiatif MR D.I.Y.

Yayasan MR D.I.Y. di Rumah Kanak-Kanak Rapha, Kuantan, Pahang

Marvellous CNY, kami ingin membawa kemeriahan perayaan ini kepada komuniti serta mengingatkan bahawa mereka tidak dilupakan pada musim yang istimewa ini.”

Beliau menambah, “Kami amat menghargai kerjasama rumah-rumah kebajikan serta para sukarelawan yang telah berganding bahu untuk mencipta detik-detik bermakna sepanjang musim perayaan ini. Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina yang penuh kegembiraan dan kemakmuran kepada semua.”

Di Yayasan Sunbeams Home, Cheras, Kuala Lumpur, para sukarelawan turut memeriahkan sambutan dengan aktiviti perayaan, hiasan tradisional serta sesi Lou Sang yang melambangkan kemakmuran dan perpaduan.

MR D.I.Y. menyampaikan baucar tunai bernilai RM3,000 kepada Rumah Yayasan Sunbeams sempena inisiatif Marvellous CNY. Turut kelihatan dalam gambar (ketiga dari kanan) Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran, dan (kedua dari kanan) Elaine Ho, Ketua Jabatan Pemasaran, bersama wakil Yayasan Sunbeams. Maskot MR D.I.Y., PANDAi, turut memeriahkan suasana.

Semasa lawatan tersebut, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, telah menyampaikan baucar tunai MR D.I.Y. bernilai RM3,000 kepada rumah kebajikan berkenaan bagi menyokong pembelian keperluan harian.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MR D.I.Y pada Tahun Baru Cina ini, layari mrdiy.com, mrdiy.com.my, Facebook, Instagram, dan TikTok.

Senarai rumah dan organisasi kebajikan yang menerima sumbangan Tahun Baru Cina dari MR D.I.Y.: 

  • Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing, Selangor

  • Rapha Children's Home, Kuantan, Pahang

  • Pusat Jagaan Rumah Orang-Orang Tua Simee, Ipoh, Perak

  • Rumah Kasih Sayang SLCH, Melaka

  • Grace Old Folks Home, Kota Kinabalu, Sabah

  • Persatuan Penjagaan Kebajikan Sherun, Skudai, Johor 

  • Rumah Damai Kuala Terengganu, Manor, Terengganu

  • Persatuan Kebajikan Hemah Tinggi, Alor Setar, Kedah

  • House of Hope, Air Itam, Pulau Pinang

  • Pusat Jagaan Warga Tua Mercy, Seremban

  • Pertubuhan Orang Cacat Sarawak, Kuching, Sarawak

  • Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa, Kelantan

  • Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit, Perlis