Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MR D.I.Y. kini memperkenalkan MR.DIY Club, sebuah program kesetiaan baharu yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati lebih banyak ganjaran menerusi pembelian harian.
Menariknya, program ini hadir dengan ciri Akaun Keluarga yang membolehkan sehingga lima ahli keluarga menghubungkan akaun masing-masing dan mengumpulkan mata ganjaran secara bersama.
Dengan cara ini, mata yang dikumpul boleh ditebus dengan lebih cepat untuk menikmati pelbagai ganjaran seperti baucar tunai, ganjaran hari lahir serta akses ke acara dan bengkel eksklusif.
Menurut MR D.I.Y., ahli MR.DIY Club akan menerima satu mata ganjaran bagi setiap RM1 yang dibelanjakan, manakala ahli baharu turut akan menerima 400 mata ganjaran alu-aluan selepas mendaftar.
Selain itu, ahli juga boleh menikmati lima kali ganda mata ganjaran untuk pembelian dalam bulan kelahiran mereka.


Program ini turut memperkenalkan sistem “Bag”, di mana ahli akan menerima satu “Bag” bagi setiap pembelian bernilai RM20. “Bag” yang dikumpulkan menerusi Akaun Keluarga akan digabungkan dan boleh digunakan untuk mendapatkan akses kepada aktiviti serta pengalaman eksklusif.
Naib Presiden Kanan Pemasaran MR D.I.Y., Alex Goh berkata, MR.DIY Club diwujudkan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan yang menjadikan MR D.I.Y. sebahagian daripada rutin harian mereka.
“Ramai pelanggan kami membeli-belah bersama keluarga, jadi kami mahu mencipta satu program yang memberi ganjaran bukan sahaja kepada individu, tetapi seluruh isi rumah,” katanya.
Dalam pada itu, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin (SamTilla) turut dilantik sebagai duta MR.DIY Club.
Pasangan itu dipilih kerana dilihat mewakili nilai kekeluargaan, gaya hidup sederhana serta semangat berkongsi pengalaman dan ganjaran bersama keluarga.
Bagi meraikan pelancaran MR.DIY Club, MR D.I.Y. turut mengadakan siri jelajah di Mid Valley Megamall dan MyTOWN Shopping Centre sehingga 26 Julai 2026.

Pelanggan yang mendaftar sebagai ahli semasa acara berlangsung berpeluang menikmati ganjaran alu-aluan serta menyertai pelbagai aktiviti menarik.