Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
maxis
Kredit: Bernama

MRL Lantik Maxis Sebagai Penyedia Infrastruktur Rangkaian 4G, 5G Sepanjang Jajaran ECRL - Fahmi

BERNAMA

MRL Lantik Maxis Sebagai Penyedia Infrastruktur Rangkaian 4G, 5G Sepanjang Jajaran ECRL - Fahmi

KUANTAN, 11 Feb (Bernama) -- Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) melantik Maxis Berhad (Maxis) sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G dan 5G di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pendekatan itu bukan sahaja mengoptimumkan penggunaan infrastruktur, malah membolehkan penyedia perkhidmatan memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan pengalaman pengguna serta kualiti perkhidmatan kepada rakyat.

Kredit: Fahmi Fadzil via X

“Kerjasama ini menandakan satu lagi langkah penting kerajaan dalam usaha membina masa depan digital negara, selari dengan pembangunan infrastruktur fizikal berskala nasional, khususnya melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti ECRL,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Khas Ketibaan Golden Tren EMU & E-Loco Projek ECRL dan Penyerahan Surat Lantikan Penyedia Infrastruktur Rangkaian Mudah Alih Jajaran ECRL di Stesen KotaSAS di sini hari ini.

Kredit: Fahmi Fadzil via X

Majlis itu dirasmikan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Seri Jana Santhiran Muniayan dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Razali Kassim.

Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan melaksanakan pendekatan kolaboratif yang melibatkan lima pengendali rangkaian mudah alih utama negara berasaskan prinsip perkongsian infrastruktur.

Kredit: Fahmi Fadzil via X

“Inisiatif ini juga selari dengan dasar kerajaan iaitu ‘Di Mana Ada Jalan, Di Situ Ada Internet’ yang bertujuan memastikan liputan Internet tersedia di sepanjang jalan raya, lebuh raya serta laluan pengangkutan utama negara, termasuk jajaran ECRL,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya juga akan memperkenalkan Rangkaian Teras Pelbagai Pengendali yang akan dikongsikan bersama penyedia perkhidmatan lain seperti CelcomDigi, Telekom Malaysia dan YTL.

Kredit: Fahmi Fadzil via X

Fahmi berkata pendekatan bersepadu itu akan memberikan manfaat kepada penumpang ECRL dan memperkukuh liputan rangkaian di sepanjang koridor ECRL merangkumi kawasan bandar, pembangunan bandar baharu berorientasikan transit, kawasan pinggir bandar serta luar bandar.

“Dengan siapnya infrastruktur rangkaian ini kelak, Maxis, CelcomDigi, U Mobile, YTL dan Telekom Malaysia akan dapat menyediakan perkhidmatan 4G dan 5G kepada penumpang ECRL dengan tahap kualiti liputan yang mematuhi Standard Mandatori Kualiti Perkhidmatan (MSQoS),” katanya

Sumber:BERNAMA