Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Suntikan “Vampire” Untuk Tujuan Kecantikan
Dalam konteks perubatan moden, platlet rich plasma (PRP) selalu digunakan untuk menyokong proses pemulihan luka dan kecederaan pada sendi.
Dengan erti kata lain, rawatan jenis ini biasa dikenakan terhadap pesakit yang terlibat dengan kemalangan sehingga memberi kesan pada anggota badan masing-masing.
Ada juga yang menggunakan PRP untuk mempercepatkan pertumbuhan rambut dan beberapa prosedur kosmetik yang lain. Salah satunya prosedur kosmetik yang menggunakan suntikan PRP dikenali sebagai suntikan vampire.
Rawatan ini biasanya akan memberikan kesan anti penuaan kepada kulit pada bahagian wajah dan menyebabkan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar anda, bersesuaian dengan nama rawatan itu sendiri.
Sungguhpun begitu, adakah rawatan jenis ini dibenarkan dalam Islam? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai, ikuti perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.
Dalam era globalisasi dan dunia yang semakin maju dan canggih, peningkatan bilangan khidmat perubatan untuk kecantikan semakin bertambah.
Namun begitu, seperkara yang perlu diberi perhatian ialah pandangan syarak tentang sesuatu jenis perubatan untuk kecantikan sama ada ianya dibenarkan atau tidak.
Islam melaknat sebarang pengubahan ciptaan asal bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan lebih cantik sama ada dengan cara suntikan atau dengan cara pembedahan.
Bagaimanapun jika ia dilakukan dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan ia adalah diharuskan.
Tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ yang tubuh yang rosak selain untuk mengembalikan kecacatan pada kejadian tubuh manusia yang normal.
Nabi ﷺ bersabda:
لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
Maksudnya: Allah Taala melaknat mereka yang mentatu dan yang minta ditatu, mereka yang mencabut bulu (di wajah), mereka yang minta di cabut bulu (di wajah) dan mereka yang merenggangkan giginya untuk tujuan kecantikan yang mengubah ciptaan Allah. (HR Bukhari & Muslim)
BACA JUGA: Wanita Sarat Mengandung Kejar Pencuri Sejauh 50 Meter
Walaupun berubat itu diharuskan namun berubat dengan benda yang haram adalah dilarang sebagaimana sabda Rasulullah ﷺ:
ان الله انزل الداء والدواء وجعل لكل داء دواء فتداووا ولا تداووا بحرام
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Taala telah menurunkan penyakit dan ubat dan menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya, maka berubatlah kamu dan jangan kamu berubat dengan benda yang haram”. ( HR Abu Dawud)
Manakala dalam sebuah hadis lain yang diriwayakan oleh Abu Hurairah Radhiallhu ‘anhu, beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الدواء الخبيث
Maksudnya: “ Nabi melarang daripada berubat dengan ubat yang kotor”
(HR Abu Dawud)
BACA JUGA: Unik, Lelaki Kreatif Hasilkan Lukisan Atas Kain Batik Nenek
Walau bagaimanapun di dalam kitab Al-Majmu’ juzuk 9/58 karangan Imam An-Nawawi Rahimahullah berpendapat bahawa, larangan tersebut (berubat dengan yang haram dan najis) ialah jika tidak ada keperluan untuk menggunakan ubat-ubatan yang haram dan najis kerana masih terdapat ubat yang suci.
Beliau berkata lagi bahawa para ulama Syafi’yyah berpendapat harus berubat dengan najis apabila tidak didapati ubat yang suci yang boleh menggantikannya. Jika terdapat ubat yang suci, maka haram berubat dengan najis tanpa diperselisihkan oleh para ulama.
(Al- Majmuk juzuk 9/54-55)
Daripada keterangan yang telah disebutkan tadi hukum asal berubat dengan benda yang najis adalah haram sekalipun bukan dengan arak.
Namun ia diharuskan jika tidak didapati ubat yang suci sebagai pilihan kerana darurat.
BACA JUGA: Wajib Ambil Tahu, Doktor Kongsi Lima Sebab Kentut Bau Busuk
Disahkan oleh doktor yang thiqah dan pakar akan penggunaan suntikan tersebut sebagai penawar.
Beberapa fatwa dan pandangan ulama mengenai berubat dengan sesuatu yang najis dan haram antaranya ialah:
وقال النووي في المجموع: إذا اضطر إلى شرب الدم أو البول أو غيرهما من النجاسات المائعة غير المسكر، جاز شربه بلا خلاف… إلى أن قال: وإنما يجوز التداوي بالنجاسة إذا لم يجد طاهرًا يقوم مقامها، فإن وجده حرمت النجاسة بلا خلاف، وعليه يحمل حديث “إن الله لم يجعل شفاءكم فيما حرم عليكم” فهو حرام عند وجود غيره، وليس حرامًا إذا لم يجد غيره… انتهى.
Maksudnya: Berkata Imam An-Nawawi Rahimahullah di dalam kitab Al-Majmuk: apabila seseorang terjerumus ke dalam kemudaratan yang memerlukan untuk meminum darah atau air kencing atau selain keduanya daripada benda najis-najis yang cair selain yang memabukkan maka harus untuk meminumnya tanpa ada perselisihan di kalangan ulama. sehingga beliau berkata harus untuk berubat dengan benda yang najis sekiranya tidak terdapat alternatif yang suci yang boleh menggantikannya.
Jika terdapat sesuatu yang suci maka haram menggunakan najis untuk berubat tanpa ada perselisihan dalam kalangan ulama.
قال العز بن عبد السلام ـ رحمه الله ـ: جاز التداوي بالنجاسات إذا لم يجد طاهرًا يقوم مقامها؛ لأن مصلحة العافية والسلامة أكمل من مصلحة اجتناب النجاسة. ولا يجوز التداوي بالخمر على الأصح.
Maksudnya: Telah berkata Imam Izzudin bin Abd Salam Rahimahulllah di dalam kitab Qawaidul Ahkam : Harus berubat dengan sesuatu yang najis sekirannya tiada yang suci yang boleh menggantikannya kerana kemaslahatan untuk mendapatkan kesihatan terlebih utama dan sempurna daripada kemaslahatan untuk menghindari daripada sesuatu yang najis.Tidak harus berubat dengan arak menurut qaul yang Asoh ( kuat).
وقال ابن عابدين في حاشيته: يجوز للعليل شرب البول، والدم، والميتة للتداوي، إذا أخبره طبيب مسلم أن منه شفاءه، ولم يجد من المباح ما يقوم مقامه. انتهى. ويجب على من تداوى بالنجس كالبول والدم أن يغسل موضعه قبل مباشرة الصلاة ونحوها. وللفائدة يرجى مراجعة هذه الفتوى.
Maksudnya: “Dan telah berkata Syeikh Ibn A’bidin di dalam hasyiahnya: Harus bagi seseorang pesakit untuk meminum air kencing atau darah atau bangkai untuk berubat. Ini dibolehkan sekiranya diberitahu oleh doktor muslim lagi thiqah mengenai penggunaan sesuatu yang najis itu sebagai penawar dan tidak terdapat sesuatu yang suci sebagai alternatif untuk menggantikan tempatnya. Bahkan wajib bagi sesiapa yang berubat dengan sesuatu bahan yang najis seperti air kencing atau darah untuk membasuh tempat yang terkena najis tersebut sebelum ia melaksanakan solat dan ibadat-ibadat yang lain. Bagi menambah dan mendapatkan lagi faedah bolehlah merujuk kepada fatwa beliau”.
والله أعلم وأحكم
BACA: Unik, Lelaki Kreatif Hasilkan Lukisan Atas Kain Batik Nenek