Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Abang Ni Kongsi Cara “Check” Minyak Hitam & Gearbox
Setiap kali ingin memulakan perjalanan ke mana-mana destinasi yang dituju, tentunya kita akan memeriksa setiap bahagian kenderaan terlebih dahulu.
Ia bagi memastikan keadaan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan baik dan mengelakkan sebarang kerosakan ketika dalam perjalanan.
Antara bahagian yang sentiasa perlu diperiksa termasuklah tayar kereta, minyak brek, lampu isyarat dan juga minyak hitam serta minyak gearbox.
Bercakap mengenai pemeriksaan awal kenderaan, tidak ramai yang mengetahui cara yang betul untuk memeriksa keadaan minyak hitam dan minyak gearbox pada kenderaan mereka. Perkara ini boleh membawa kesan pada keadaan dalaman enjin kereta dalam jangka masa panjang.
Sehubungan itu, hari ini, SK akan berkongsikan tip yang disampaikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Pakwee di bawah ini.
Cara Semak Minyak Hitam & Gearbox
Dalam klip berdurasi dua minit 15 saat itu, Pak Wee mendedahkan cara untuk memeriksa minyak hitam dan minyak gearbox kenderaan.
Minyak Hitam
Katanya, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pemilik kereta adalah panaskan enjin kereta terlebih dahulu.
Seterusnya, matikan enjin. barulah tarik jarum minyak hitam kali pertama. Tetapi bersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan tisu.
Kali kedua, jolok dan tarik semula jarum itu dan lihat sukatan jarum minyak hitam. Barulah sukatan yang tepat boleh diambil.

Untuk mengetahui paras minyak hitam dalam keadaan yang mencukupi, ia berada pada paras antara dua titik(tidak boleh bawah titik atau melebihi titik).
Minyak Gearbox
Bagi pemeriksaaan minyak gearbox pula, kenderaan perlu dihidupkan dan gear diletakkan pada ‘N’.
Sama seperti langkah pemeriksaan minyak hitam, bersihkan jarum gearbox sewaktu kali pertama ditarik keluar.
Kemudian, masukkan semula dalam tempat jarum gearbox itu dan tarik untuk melihat pada sukatannya.

Untuk melihat sukatan minyak gearbox yang tepat juga sama seperti minyak hitam iaitu berada pada bahagian tengah penanda.
Namun, terdapat info tambahan pada jarum sukatan gearbox iaitu sukatan H (Hot) dan C (Cool) untuk menunjukkan suhu minyak gearbox tersebut.
Sekiranya minyak gearbox dalam keadaan panas, ia berada pada takat H, manakala minyak dalam keadaan sejuk berada pada takat C.
Macam Mana Nak Tahu Minyak Ni Boleh Dipakai Atau Tidak?
Minyak hitam
Langkahnya mudah sahaja, ambil tisu, calitkan pada jarum minyak tadi dan lihat. Jika minyak dalam berwarna coklat dan teskturnya masih likat, ia bermaksud minyak tersebut masih boleh digunakan.
Minyak Gearbox

Untuk minyak gearbox pula, langkahnya juga sama dengan calitkan jarum minyak pada tisu dan lihat.
Sekiranya ia berwarna kemerahan, minyak tersebut boleh digunakan. Sebaliknya minyak tersebut telah bertukar warna hitam, ia perlu ditukar dengan segera.
Sumber: TikTok @pakwee_oe