Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Murid Meninggal Dunia Ketika Kejohanan Ragbi, KPM Batal Kejohanan

Iqbal Yasir
KPM batal ragbi murid meninggal
Gambar: Bernama

Murid Meninggal Dunia Ketika Kejohanan Ragbi, KPM Batal Kejohanan

IPOH, 4 Okt (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil keputusan membatalkan Kejohanan Ragbi 7 Sepasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2025, selepas kejadian seorang murid yang menyertainya meninggal dunia secara mengejut, semalam.

KPM dalam satu kenyataan yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid tersebut memaklumkan bahawa keputusan membatalkan kejohanan sehingga esok dan menjadualkannya semula adalah bagi menghormati pemergian murid tersebut.

“Allahyarham yang rebah ketika perlawanan, telah diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan bertugas sebelum dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Seluruh warga KPM mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA

BACA: Selangor Sediakan Bantuan Sebaik Sukarelawan GSF Pulang Ke Tanah Air

BACA: “Saya Bersedia,” Video Persediaan Farah Lee Sebelum Ditahan Buat Ramai Sebak