Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MyNIISe Rekod Hampir 19.5 Juta Transaksi QR

MYNIISE
Kredit: Facebook Saifuddin Nasution Ismail

MyNIISe Rekod Hampir 19.5 Juta Transaksi QR

Penggunaan aplikasi MyNIISe terus menunjukkan peningkatan memberangsangkan apabila merekodkan hampir 19.5 juta transaksi QR setakat 28 Jun lalu, sekali gus membantu melancarkan aliran keluar masuk di dua pintu sempadan utama negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, aplikasi itu kini semakin stabil dengan lebih ramai rakyat memilih menggunakan kemudahan digital berkenaan di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB).

Katanya, berdasarkan data setakat 28 Jun 2026, aplikasi tersebut telah mencatatkan sebanyak 2.4 juta muat turun dan 1.27 juta pengguna berdaftar.

Menurut beliau, sebanyak 19.48 juta transaksi QR direkodkan di BSI dan KSAB, membuktikan semakin ramai pengguna beralih kepada laluan digital yang lebih pantas dan mudah.

“Ini bermakna semakin ramai pengguna memilih laluan digital yang lebih cekap, sekali gus membantu melancarkan pergerakan di dua pintu masuk utama negara,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya hari ini.

Saifuddin berkata, transformasi digital itu turut diperluaskan ke lima lapangan terbang utama negara dengan lebih 5.59 juta transaksi direkodkan setakat ini.

Menurutnya, perkembangan itu mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI yang memberi keutamaan kepada prestasi serta penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Inilah pendekatan Kerajaan MADANI yang meletakkan prestasi dan penyampaian sebagai keutamaan.

“Reformasi bukan sekadar diumumkan, tetapi mesti diterjemahkan kepada perkhidmatan yang lebih cekap, lebih pantas dan memberi manfaat secara langsung kepada rakyat,” katanya.

Tambah beliau, transformasi digital seperti MyNIISe akan terus diperkasa bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, memudahkan urusan harian rakyat serta m