Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah

Myra
Gambar kumpulan di majlis menandatangani memorandum persefahaman (dari kiri): Penolong Pengurus Besar Unit Perniagaan Luxe, Myra; Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra; Wendy Lim, Ketua Pegawai Operasi Myra; Erny Looi Chee En, Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd dan Patric Looi, Ketua Pegawai Operasi Unity Kitchen Sdn Bhd.

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah

Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas bagi setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2.

Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Ketua Pegawai Operasi Myra, Wendy Lim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, Erny Looi Chee En di Galeri Myra Senja.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

"Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah," ujarnya.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200.

Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa.

Di bawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan sistem penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis "pulau" (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu

UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Gambaran artis dalaman Myra Senja dengan kabinet dapur Unity Kitchen.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

"Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik," ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.

Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH.

Gambar kumpulan di majlis menandatangani memorandum persefahaman (dari kiri): Penolong Pengurus Besar Unit Perniagaan Luxe, Myra; Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra; Wendy Lim, Ketua Pegawai Operasi Myra; Erny Looi Chee En, Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd dan Patric Looi, Ketua Pegawai Operasi Unity Kitchen Sdn Bhd.

Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook.