Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nak Anak Masuk MRSM, Ini Panduan Pilihan Program Yang Wajib Ibu Bapa Tahu
Setiap ibu bapa pastinya mengimpikan anak yang berjaya dalam pelajaran dan mampu membina masa depan yang cemerlang.
Sama ada dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di dalam atau di luar negara hingga mampu membina kerjaya yang cemerlang.
Ramai yang percaya kejayaan akademik adalah kunci utama untuk membuka peluang lebih luas pada masa hadapan.
Atas sebab itu, ramai ibu bapa mula merancang laluan pendidikan anak seawal mungkin, termasuk memilih sekolah yang terbaik.
Di Malaysia, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menjadi antara pilihan utama kerana rekod cemerlangnya dalam melahirkan pelajar berprestasi tinggi.
Hal ini kerana, MRSM bukan sahaja memberi tumpuan kepada pencapaian akademik, tetapi juga mengasah kemahiran yang diperlukan dalam dunia sebenar.
Namun, dengan pelbagai program dan pilihan MRSM yang berbeza, ramai ibu bapa yang keliru untuk membuat keputusan terbaik buat anak mereka.
Justeru, artikel ini akan membantu anda memahami senarai lengkap program MRSM berserta kelebihannya supaya ibu bapa dapat membuat keputusan dengan tepat.
Setiap pilihan program ini direka bagi memenuhi keperluan pelajar dengan minat, kebolehan dan hala tuju akademik yang berbeza.
Berikut adalah penerangan setiap program:
Program ini menggabungkan kurikulum kebangsaan dan kurikulum khas MRSM yang dirancang khusus untuk perkembangan pelajar.
Matlamatnya adalah untuk memastikan pelajar cemerlang dalam akademik sambil membina kemahiran kepimpinan dan tahap disiplin yang kukuh.
Program ini direka khas bagi pelajar yang meminati bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Program ini sesuai kerana modulnya telah diubah suai bagi kesinambungan pembelajaran yang lebih baik dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
Antara kelebihannya:
Topik tertentu diajar lebih awal berbanding sekolah lain
Susunan silibus berbeza dan lebih tersusun mengikut aliran STEM
Program ini adalah dwibahasa dan memberikan peluang pelajar menduduki dua peperiksaan besar, iaitu pada Tingkatan empat dan lima.
Kelebihannya:
Pendedahan awal kepada sistem pendidikan antarabangsa
Membantu pelajar yang merancang menyambung pengajian ke luar negara
Memperkukuh kemahiran berbahasa Inggeris sejak awal
Program ini menggabungkan pembelajaran akademik dan hafazan Al-Quran, sesuai bagi pelajar yang ingin seimbangkan antara akademik dan pembelajaran agama.
Program ini memberi penekanan kepada subjek robotik, kecekapan mekanikal dan asas kejuruteraan, sesuai untuk pelajar yang berminat dalam bidang teknikal.
Program ini direka khas untuk pelajar pintar cerdas (gifted) dengan ujian IQ dan saringan tambahan yang berbeza daripada program lain.
Difahamkan, setakat ini program bitara hanya ditawarkan di MRSM Pengkalan Chepa untuk kemasukan Tingkatan 1.
Program ini juga memberi peluang kepada pelajar berpotensi tinggi untuk mengikuti program yang disesuaikan dengan tahap kepintaran mereka.

Pilih program berdasarkan minat dan kekuatan anak
Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Nurul Shazlina Zainudin, beliau menceritakan perancangannya dalam memilih laluan pendidikan terbaik untuk anaknya.
Menurutnya, program IGCSE menjadi pilihan utama kerana anaknya mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik dan bercita-cita untuk menyambung pengajian di luar negara.
“Jadi saya nampak untuk bantu Akil kembangkan potensi dia, masuk ke sekolah yang guna bahasa Inggeris mungkin membantu” katanya.
Tambahnya lagi, anaknya turut meminati bidang teknikal yang mempunyai subjek robotik dan kejuruteraan.
Namun, minat tersebut masih boleh dikembangkan melalui kelas tambahan atau dipelajari dengan lebih mendalam ketika di universiti nanti.
Melalui perkongsiannya juga,
Nurul Shazlina Zainudin
merancang pilihan tambahan dengan mempertimbangkan MRSM Bitara sebagai alternatif sekiranya Akil tidak berjaya dalam permohonan IGCSE.
Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa ini masih perancangan awal dan keputusan sebenar bergantung kepada kelayakan dan peluang yang ada.
Nurul Shazlina Zainudin
juga menasihatkan ibu bapa lain supaya tidak hanya memilih MRSM berdasarkan lokasi yang dekat dengan rumah.
Ini penting kerana ibu bapa perlu mengambil kira kecenderungan minat dan kekuatan anak bagi memastikan anak dapat berkembang dengan baik.
“Semoga semua dapat buat pilihan yang terbaik dan anak anak kita dapat belajar dengan baik walau di mana sahaja” Katanya.
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk semua ibu bapa dalam merancang pilihan program yang terbaik untuk anak-anak anda.
BACA: Lenggong Saksi Letusan Gunung Berapi Dahsyat Dalam Sejarah Manusia Moden
BACA: Ini Cara Renew Insurans Kenderaan Guna MyJPJ
BACA: Wanita Ini Ajar Cara Proses Lemak Ayam Jadi Minyak Masak Terpakai
Sumber: Nurul Shazlina Zainudin/Facebook