Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Nak Beli ‘Mahal’, Rupanya Senang Je Nak Buat Sendiri “Habanero Honey Fried Chicken” Ni

Siti Nur Ain Natasya
Habanero Honey Fried Chicken
Kredit: TikTok @chesayang_kitchen

Nak Beli ‘Mahal’, Rupanya Senang Je Nak Buat Sendiri “Habanero Honey Fried Chicken” Ni

“Habanero Honey Fried Chicken” mempunyai rasa yang pedas dan manis.

Ia menu yang sempurna untuk dimakan begitu sahaja ataupun dijamu dengan nasi putih.

Siapa yang pernah makan hidangan ni mesti ada keinginan untuk membuatnya sendiri di rumah tetapi tidak kesampaian.

Punca utamanya adalah kerana cili habanero bukanlah bahan yang dijual di sembarangan kedai runcit.

Usah khuatir dahulu, SK hari ini akan kongsikan resepi Habanero Honey Fried Chicken menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di Malaysia.

Resepi ini dikongsikan oleh pengguna TikTok, @chesayang_kitchen.

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan ayam goreng yang diperlukan ialah:

  • Tepung serbaguna

  • Dada / peha ayam

  • Air

  • Minyak

Bahan sos salutan ayam goreng yang diperlukan ialah:

  • Butter

  • Serbuk cili paprika

  • Cili flakes

  • Madu

Bahan white sauce ialah:

  • Yoghurt

  • Mayonis

  • Serbuk bawang putih

  • Serbuk lada hitam

  • Mixed herbs

  • Lemon

Cara Penyediaan

1. Salut ayam yang telah dipotong dengan lapisan pertama tepung serbaguna (boleh gunakan tepung Bestari atau Tepung Chef Bon atau mana-mana tepung serbaguna pilihan anda).

2. Celupkan ayam di dalam air yang tidak dicampur sebarang bahan.

3. Salut ayam dengan salutan kedua tepung serbaguna untuk menjadikan ayam goreng lebih rangup.

4. Goreng ayam sehingga garing menggunakan minyak yang panas. Ayam bahagian isi hanya perlu digoreng sekejap sahaja.

5. Untuk membuat sos salutan, masukkan dua sudu butter ke dalam kuali yang panas.

6. Masukkan pula setengah sudu kecil serbuk cili paprika serta cili flakes mengikut cita rasa masing-masing.

7. Kacau sebentar sebelum menutup api supaya sos salutan tidak hangus dan masukkan madu secukupnya.

8. Penyediaan white sauce amat mudah, sediakan bekas bersih dan masukkan dua sudu yoghurt, dua sudu mayonis, serbuk bawang putih, serbuk lada hitam dan mixed herbs.

9. Kacau hingga sekata dan perahkan sepotong lemon dan kacau sekali lagi hingga sekata.

10. Akhir sekali, salutkan ayam yang digoreng tadi dengan sos salutan dan nikmati Habanero Honey Fried Chicken versi Malaysia dengan white sauce yang ‘creamy’ dan lazat.

Selamat mencuba.

BACA: Kering Poket Kalau Setiap Hari ‘Mengidam’, Ini Cara Buat ‘Trendy Coffee’ Buttercrème Latté

BACA: Ngam Buat Minum Petang, Ini Resipi Popia Carbonara Sedap & Mudah

BACA: Rupa-Rupanya Ini Beras Termahal & Terbaik Di Dunia

Sumber: @chesayang_kitchen via TikTok