Orang kata, kalau nak kurus dengan cara paling sihat adalah dengan menjaga pemakanan, dalam erti kata lainnya, berdiet secara sihat.
Mungkin kita pernah dengar beberapa ‘diet’ yang biasa diamalkan seperti diet suku-suku separuh (DSSS), intermittent fasting, atkins dan banyak lagi.
Kalau sudah sebut tentang diet, perkara paling berkaitan dengannya sudah tentulah corak pemakanan.
Biasanya, pengamal diet perlu mengelakkan makanan berminyak dan bergoreng kerana dipercayai ianya mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.
Tapi kita ini kan orang Malaysia, tekak kita kalau tak kena sambal dalam sehari, pasti ‘tidak sah’.
Jadi, macam mana nak buat menu masakan resipi Melayu atau Malaysia tapi masih lagi menjaga ‘batas-batas’ diet?
Mari ikuti beberapa contoh menu sihat yang dicadangkan oleh pengamal diet yang berjaya, Coach Momoi di bawah ini.
1. Sup Ayam

Bahan-bahan:
Arahan: Masukkan semua bahan, rebus semua, masukkan ayam, reneh sehingga masak.
2. Ayam Percik Sihat

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam (rebus hingga air kering)
1 sudu kecil bawang putih kisar
1 sudu besar bawang merah kisar
1 sudu kecil halia kasar
2 biji cili merah (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 cawan susu segar
1/2 cawan air
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut (dihiris halus)
garam bukit
Arahan:
Lebur semua bahan-bahan
Masukkan susu, air, asam keping, serbuk kunyit
Masak sehingga mendidih
Tambahkan juga hirisan daun limau purut dan masak lagi hingga kuah agak pekat. Bolehlah dimatikan api
Sementara itu, panggang ayam di atas kuali pemanggang sambil dipercikkan dengan kuah
Hidang lebihan kuah bersama ayam percik
Sedia dihidangkan bersama nasi
3. Ayam Kukus Halia

Bahan-bahan:
Ayam dipotong kecil dan dibersihkan
Halia dihiris nipis
Beberapa ulas bawang putih
Beberapa keping asam gelugur
Garam bukit
Tomato dipotong kecil
Cili padi
Arahan: Campurkan semua bahan ke dalam periuk 20 minit, dah siap.
4. Ayam Kukus Thai

Bahan-bahan:
Arahan:
Tumbuk bahan bertanda ‘*’, ratakan bahan tumbuk ke serata ayam dan air limau kasturi ke dalam ayam
Selitkan lemon di celah ayam
Taburkan daun limau purut
Kukus selama 30 minit hingga masak
Siap, sedap makan dengan nasi panas
5. Begedil Sihat

Bahan & arahan:
Rebus kentang dan ayam bahagian isi
Lenyekkan kentang, carik isi ayam
Uli kentang letak isi ayam & daun sup
Kukus atau grill di atas kuali ‘non-stick’
6. Ayam Panggang Tandoori

Bahan-bahan:
2 kg (1 ekor) ayam, kulit dan lemak dibuang, dibelah empat
40 gram (4 ulas) bawang putih, dicincang
40 gram (2 inci) halia, dikisar halus
30 mililiter (2 sudu makan) jus lemon
250 mililiter (1 cawan) yogurt biasa
3 gram (1 sudu teh) garam masala
3 gram (1 sudu teh) serbuk ketumbar
3 gram (1 sudu teh) serbuk jintan putih
3 gram (1 sudu teh) serbuk kunyit
3 gram (1 sudu teh) serbuk kari
3 gram (1 sudu makan) paprika
Garam bukit dan lada sulah secukup rasa
Arahan: Perap ayam dengan semua bahan, panggang sehingga masak
7. Ayam Asam Rebus

Bahan-bahan:
4 bawang putih*
6 bawang merah*
2 inci kunyit hidup*
1 inci halia*
6 biji lada merah*
5 biji cili padi merah*
2 biji lada hijau*
2 cm belacan*
Dada ayam
Daun kesum secukupnya
2 asam keping
Arahan:
Kisar bahan bertanda ‘*’ & rebus
Masukkan ayam dan biarkan hingga ayam empuk.
Masukkan asam keping, tambah garam bukit
Masukkan daun kesum, biarkan seketika hingga masak
Bila semuanya sudah secukupnya rasa, bolehlah matikan api dan siap untuk dihidang
Sumber: Coach Momoi, Nurfarahin Farhan