Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak dinafikan, fenomena tular di media sosial kini sudah tidak asing lagi dalam masyarakat, malah sukar dijangka.
Setiap kandungan yang dimuat naik kadangkala boleh menjadi ikatan jenaka dalam kalangan komuniti.
Bila bercerita tentang pelawak serta pelakon popular, Zizan Razak, perwatakannya yang mesra dan humor sudah sinonim dengannya.
Namun, baru-baru ini, gambar pelakon berkenaan menjadi fenomena di media sosial apabila disunting orang ramai.
Susulan itu, Zizan menerusi satu hantaran di laman sosialnya tampil meluahkan pandangan ikhlas berhubung perkara berkenaan.
Dalam hantaran berkenaan, beliau meluahkan seorang yang tidak mudah melatah dan terbuka.
Kata Zizan, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya orang ramai menggunakan gambarnya untuk disunting sekadar menghiburkan hati.
Bagaimanapun, pelakon Polis Evo itu mengingatkan bahawa setiap jenaka mempunyai batas.
"Assalamualaikum kepada seluruh warga internet dan mereka yang mengenali diri ini. Tujuan posting adalah untuk meluahkan dan memberi tahu yang saya ni memang seorang yang sporting dan juga fun akan tetapi ada tahapnya.
"Berkenaan dengan gambar saya yang viral beberapa harini diedit dan diubah menjadi kelakar boleh tetapi biarlah berpada dan tidak melanggar hukum agama Islam," kongsinya.
Dalam pada itu, beliau turut menyentuh isu sesetengah pihak yang bertindak mengambil kesempatan terhadap gambarnya untuk tujuan promosi produk.
"Dan ada juga pihak yang mengambil kesempatan bertujuan mempromosikan product masing-masing tanpa meminta izin mahupun bayaran dikenakan dan itu totally haram pada pendapat saya. So renung-renungkanlah jika ingin berniaga secara halal," luahnya lagi.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan