Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rancang Perjalanan Sebaiknya, Ini 34 Jalan Di KL Yang Akan Ditutup Sempena Coway Run

34 Jalan
Kredit: Gambar Hiasan --Foto BERNAMA

Pengguna jalan raya yang merancang perjalanan ke Kuala Lumpur pada Ahad ini, 27 September 2026, dinasihatkan mengambil perhatian susulan penutupan dan lencongan trafik di beberapa jalan utama sempena penganjuran Coway Run 2026.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) memaklumkan penutupan jalan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula seawal jam 3.30 pagi bagi memberi laluan kepada program yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

Acara berkenaan dijangka menarik kira-kira 10,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk atlet tempatan dan melibatkan tiga kategori utama iaitu larian 30 kilometer (km) bermula jam 4 pagi, larian 10km pada jam 5.15 pagi serta larian 5km Fun Run pada jam 7 pagi.

34 jalan terlibat

Menurut JSPT KL, penutupan dan lencongan trafik akan dilaksanakan secara berperingkat mengikut keperluan sepanjang acara berlangsung.

Antara jalan yang terlibat ialah:

  1. Jalan Stadium

  2. Jalan Maharajalela

  3. Jalan Dewan Bahasa

  4. Jalan Bukit Petaling

  5. Jalan Bellamy

  6. Jalan Hang Tuah

  7. Jalan Hang Jebat

  8. Jalan Sultan Ismail

  9. Jalan Raja Chulan

  10. Jalan Conlay

  11. Jalan Kia Peng

  12. Jalan Perak

  13. Jalan P. Ramlee

  14. Jalan Ampang

  15. Jalan Raja Laut

  16. Jalan Putra

  17. Jalan Tun Ismail

  18. Jalan Tunku

  19. Jalan Langgak Tunku

  20. Jalan Pinggiran Tunku

  21. Jalan Girdle

  22. Jalan Bukit Tunku

  23. Jalan Sultan Salahuddin

  24. Lebuhraya Sultan Iskandar

  25. Jalan Persiaran Sultan Salahuddin

  26. Jalan Parlimen

  27. Jalan Dato Onn

  28. Bulatan Dato Onn

  29. Jalan Kinabalu

  30. Jalan Tun Perak

  31. Jalan Pudu

  32. Jalan Sultan

  33. Jalan Petaling

  34. Bulatan Merdeka

Penutupan jalan dijangka bermula seawal jam 3.30 pagi dan akan dibuka semula secara berperingkat selepas acara tamat, tertakluk kepada keadaan semasa.

Rancang perjalanan lebih awal

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengelakkan laluan yang terlibat sepanjang tempoh acara berlangsung serta merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan laluan alternatif yang bersesuaian.

Pengguna jalan raya turut digalakkan menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT, Monorel atau perkhidmatan e-hailing bagi membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Orang ramai juga diminta mematuhi arahan anggota polis serta petugas trafik yang bertugas di lokasi bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan.

Selain itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengamalkan pemanduan berhemah dan bersabar sepanjang tempoh penutupan jalan.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkaitan program dan laluan yang terlibat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Intipati
  • Penutupan 34 jalan di Kuala Lumpur akan bermula berperingkat seawal 3.30 pagi Ahad.
  • Coway Run 2026 di Stadium Merdeka dijangka menarik kira-kira 10,000 peserta pelbagai kategori.
  • Pengguna jalan raya dinasihatkan mengelak laluan terlibat dan mempertimbangkan pengangkutan awam.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan